Tarian
Canggung merupakan tarian identiti negeri Perlis yang berasal daripada sebuah
tarian Makyung Laut. Tarian ini mula diperkenalkan pada masa pendudukan Jepun
sekitar tahun 1941. Ia mula dipersembahkan oleh dua orang penari adik-beradik
dalam satu pesta hiburan bagi tentera Jepun dan orang ramai yang diadakan di
bandar Kangar. Mulai dari persembahan ini berkembanglah Canggung ke seluruh
negeri Perlis dan seterusnya menjadi tarian rakyat yang masyhur.
Variasi
tarian Canggung ada persamaan dengan tarian Ronggeng, akan tetapi ia mempunyai
nilainya yang tersendiri. Keasliannya terletak kepada nyanyian secara berbalas
pantun dan cara inilah para penonton mendapat hiburan. Pantun-pantunnya ada
yang menyindir, memikat, mengusik, berjenaka dan sebagainya.
Penari-penari
akan menari secara berpasangan dan penari-penari puteri memegang sehelai sapu
tangan, menari dan bergilir-gilir menyanyi sambil berbalas pantun secara
spontan dengan penari putera. Penari puteri memakai kain batik, baju kebaya
labuh dan bunga-bungaan tersunting yang disanggul. Penari putera memakai baju
Melayu dan bersongkok. Canggung dipersembahkan ketika musim menuai dan di
majlis-majlis perkahwinan dan keramaian.
Nota
: Maklumat lanjut sila hubungi :
Encik
Muhammad Salehudin Moh Esa
Persatuan Kebudayaan Taming Sari
Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Universiti Teknologi Mara
Kampus Perlis
02600 Arau, Perlis.
Tel : 04-988 2234
Terinai
merupakan kesenian yang bertapak lama di negeri Perlis. Lazimnya ia
dipersembahkan dalam keramaian istana, bersama irama serunai (lubang tujuh –
atas enam, lubang bawah - satu), sepasang gendangnya (muka kecil dipukul dengan
menggunakan sejenis rotan yang diikat dan dijalin) yang lembut dan dua biji
gong - membawa roh yang tersirat di dalamnya. Terinai juga diiringi oleh paluan
“Gendang Terinai” dengan memainkan tiga buah lagu iaitu Temang Welo, Selong dan
Mak Inang.
Namun
begitu, ianya masih dimainkan juga di majlis-majlis perkahwinan biasa. Tentunya
irama ini mempersembahkan sekali tariannya yang lemah gemalai dan begitu
mengasyikkan, bersama lilin di tangan, ia sangat mengharukan. Begitulah
cantiknya budaya orang Melayu, dalam lembut ada keras, dalam keras ada lembut
lalu menjadi liat dan pepat. Antara irama yang dimainkan adalah seperti
menghadap Terinai, Ketam Bawa Anak, Dewa Raja, Inang Cik Lang dan lain-lain
lagi. Irama yang melatari tarian ini adalah irama dari paluan gendang Terinai.
Nota
: Maklumat lanjut sila hubungi :
Encik
Muhammad Salehudin Moh Esa
Persatuan Kebudayaan Taming Sari
Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Universiti Teknologi Mara
Kampus Perlis
02600 Arau, Perlis.
Tel : 04-988 2234
Menurut
sejarah, tarian ini dicipta ketika Raja Perlis menghantar ufti bunga emas
kepada kerajaan Siam pada masa negeri ini di bawah naungan kerajaan Siam.
Penghantaran ufti tersebut dilakukan dengan menaiki gajah. Ketika itulah,
seorang gembala gajah yang dipanggil Tuk Jambul bersama rakannya Ecan mencipta
lagu `Layang Mas’. Setelah pulang dari Siam, kedua-dua gembala gajah tadi
mencipta pula tarian ‘Layang Mas’.
Tarian
ini juga adalah salah satu tarian dalam himpunan (repertoire) Terinai. Sebuah
tarian istana yang sangat cantik yang banyak menggunakan gerak tangan,
melayang-layang (melenggang-lenggang) sambil berpusing beberapa kali, mempunyai
gerak bahu yang jelas serta pergerakan pinggul. Tarian ini menggunakan
selendang panjang yang terikat dengan tali pinggang di pinggang. Selendang ini
dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk dan sering digambarkan sebagai sayap
burung. Tarian ini hanya boleh ditarikan oleh golongan wanita sahaja.
Nota
: Maklumat lanjut sila hubungi :
Encik
Muhammad Salehudin Moh Esa
Persatuan Kebudayaan Taming Sari
Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Universiti Teknologi Mara
Kampus Perlis
02600 Arau, Perlis.
Tel : 04-988 2234
AYAM DIDIK
Ayam Didik merupakan gelaran kepada ayam yang dipelihara
dan dimanja-manjakan. Demikian juga unsur tarian ini iaitu tarian yang
memperlihatkan kemanja-manjaan para penarinya. Tarian ini digandingkan dengan
lagunya iaitu ‘Ayam Didik’ yang amat memikat hati dan mesra sekali didengar,
diiringi muzik asli dengan menggunakan alatan gong, gendang dan biola.
Ayam Didik’ merupakan sebuah tarian yang rancak dan
menimbulkan kemesraan kepada para penari yang berpasang-pasangan. Ketika
menari, para penarinya saling bergurau-senda dan cuba memikat antara satu sama
lain. Seperti tarian Canggung, tarian ini juga sering berbalas-balas pantun.
Pantun-pantunnya lebih memberatkan soal kasih sayang dan kemesraan. Tarian dan
nyanyian ‘Ayam Didik’ sebenarnya sering bersama dalam persembahan Canggung,
dipersembahkan ketika musim menuai padi atau di majlis-majlis perkahwinan dan
keramaian sebagai hiburan kepada para tetamu.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
Perlis
Tel : 04-979 3604
|
Tarian Canggung merupakan tarian identiti negeri Perlis
yang berasal dari sebuah tarian Makyung Laut. Tarian ini mula diperkenalkan
dalam masa pendudukan Jepun sekitar tahun 1941. Ia mula dipersembahkan oleh dua
orang penari adik beradik dalam satu pesta hiburan bagi tentera Jepun dan orang
ramai yang diadakan di bandar Kangar. Mulai dari persembahan ini berkembanglah
Canggung ke seluruh negeri Perlis dan seterusnya menjadi tarian rakyat yang
masyhur.
Variasi tarian canggung ada persamaan dengan tarian
Ronggeng, akan tetapi ia mempunyai nilainya yang tersendiri. Keasliannya
terletak pada nyanyian secara berbalas pantun dan dengan cara inilah para
penonton mendapat hiburan. Pantun-pantunnya ada yang menyindir, memikat,
mengusik, berjenaka dan sebagainya.
Penari-penari akan menari secara berpasangan dan
penari-penari puteri memegang sehelai sapu tangan, menari dan bergilir-gilir
menyanyi sambil berbalas pantun secara spontan dengan penari putera. Penari
puteri memakai kain batik, baju kebaya labuh dan bunga-bungaan tersunting yang
disanggul. Penari putera memakai baju Melayu dan bersongkok. Canggung
dipersembahkan ketika musim menuai dan di majlis-majlis perkahwinan dan
keramaian.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
Perlis
Tel : 04-979 3604
CIK LANG
Tarian ini berasaskan lagu yang dicipta oleh seorang
pencipta lagu yang bernama Cik Lang, berasal dari Kampung Bukit Kecik, Padang
Siding, Perlis. Beliau mencipta lagu tersebut ketika mendodoi anak dalam
buaian. Lagu ini dihasilkan ketika negeri Perlis di bawah pemerintahan Siam.
Cik Lang juga merupakan salah seorang penggiat kumpulan gendang Tarinai dan
lagu ini sering dimainkan dalam persembahan muzik gendang Tarinai.
|
Disamping lagu Cik Lang, beliau juga mencipta lagu Cik
Minah Sayang. Lagu ini diambil sempena nama isteri beliau yang bernama Cik
Minah. Tarian Cik Lang berunsur jenaka dan gurauan. Jika tarian Ayam Didik
gerak tarinya menabur padi kepada ayam tetapi tarian ini gerak tarinya mengetam
padi. Sesuatu yang menarik ketika berakhirnya tarian ini, penari perempuan akan
menarik telinga lelaki sehingga duduk di tempat semula.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
Perlis
Tel : 04-979 3604
CINTA SAYANG
Tarian ini merupakan adik kandung dalam siri tarian
Canggung. Setiap persembahan Canggung akan diganding bersama tarian Cinta
Sayang. Asalnya daripada ‘Cinta Hati’ tetapi diubah kerana tariannya
menimbulkan rasa kasih dan sayang menerusi variasinya yang lemah lembut dan
membelai rasa. Seperti Canggung, tarian ini juga menggunakan pantun dalam
nyanyiannya. Penari juga berpasang-pasangan, lazimnya empat pasangan.
Terdapat variasi para penari duduk berjengket sambil
bertepuk tangan. Manakala seorang penari akan menari sambil mengelilingi penari
yang duduk berjengket tadi. Tarian ini juga dipersembahkan ketika musim menuai,
di majlis-majlis perkahwinan dan pesta-pesta hiburan.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
Perlis
Tel : 04-979 3604
|
INANG KAYANGAN
Lagu dan tarian ini memang disesuaikan dengan lambang
negeri Perlis iaitu Indera Kayangan. Mak Inang Kayangan bererti lagu Mak Inang
dari kayangan iaitu berasal dari Perlis. Variasi atau tari ini sama seperti Mak
Inang akan tetapi banyak terdapat variasi seperti ayam berlaga iaitu “Manikam”
atau menjunamkan tangan ke arah penari perempuan, sehingga penari perempuan
tersebut terpaksa menepis tangan penari lelaki.
Satu lagi variasi yang menarik ialah penari menggunakan
selendang ketika menari, jika penari perempuan sudi menerima selendang yang
dihulurkan oleh penari lelaki bererti penari tersebut sudah bersetuju untuk
berhubungan dengannya.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
Perlis
Tel : 04-979 3604
|
INANG TUA
Tarian ini seperti tarian Mak Inang, tetapi mempunyai
kelainan yang tersendiri iaitu hasil kreatif penciptanya sehingga menjadi
sebuah tarian asli bagi negeri Perlis. Tarian ini merupakan satu tarian yang
begitu popular pada suatu masa dahulu sehingga dianggap sebagai tarian rakyat.
Persembahannya dilakukan di atas pentas yang didirikan di dalam kampung atau di
tengah sawah.
Tarian ini ditarikan bersama dengan tarian rakyat yang
lain, lazimnya dipersembahkan selepas musim menuai padi atau dalam
majlis-majlis perkahwinan. Tarian dimulakan dengan variasi tangan di depan dan
berpusing ke kiri dan kanan, tangan ke atas mengambil balik lalu depa ke
hadapan. Ianya dilakukan berulang kali dan lazimnya dimulakan dengan tarian
silat beberapa langkah kemudian melakukan variasi tadi. Setelah itu penari
menarik kain panjang penari perempuan dan meletakkan ke atas bahu sambil terus
menari serta bangun.
Sesuatu yang menarik dalam tarian ini adalah penari
lelaki ‘mengacan’ atau bergurau dengan penari perempuan secara ‘menyalauk’
(menghulur) tangan ke arah penari perempuan, manakala penari perempuan pula
menepis tangan penari lelaki. Begitulah berulang-ulang kali dilakukan oleh
tiap-tiap pasangan penari tersebut.
Satu variasi lagi yang dilakukan oleh penari lelaki ialah
duduk sambil melompat katak kemudian dituruti oleh penari perempuan. Setelah
itu penari bangun dan menari semula seperti variasi pertama sehinggalah tarian
tersebut ditamatkan.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
Perlis
Tel : 04-979 3604
|
JOGET KAIN BATIK
Tarian dan lagu Joget Kain Batik mula dicipta pada zaman
pemerintahan Jepun. Lagu ini dicipta oleh kumpulan Joget Asli, Kuala Perlis
yang dipimpin oleh Mat Diah dan dinyanyikan oleh Cik Hamiah. Ketika tarian ini
ditarikan, disusuli dengan pantun tentang kain batik, sebab itulah dinamakan
Joget Kain Batik.
Lazimnya ketika menari tarian ini, penari perempuan atau
‘puteri’ akan memakai kain batik panjang. Tarian ini merupakan sebuah tarian
joget yang terdiri daripada puteri-puteri joget. Para penari akan berbalas
pantun antara penari perempuan dengan penari lelaki dalam sebuah persembahan
joget. Ketika persembahan joget dipersembahkan dalam istana pada zaman
pemerintahan Tuanku Raja Syed Alwi, tarian ini dilihat amat menarik sehingga
berulang-ulang kali ditarikan di hadapan baginda.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
Perlis
Tel : 04-979 3604
|
LAYANG MAS
Menurut sejarah, tarian ini dicipta ketika Raja Perlis
menghantar ufti bunga emas kepada kerajaan Siam sewaktu negeri ini di bawah
naungan kerajaan Siam. Penghantaran ufti tersebut dilakukan dengan menaiki
gajah. Ketika itulah, seorang gembala gajah yang dipanggil Tuk Jambul bersama
rakannya Ecan mencipta lagu `Layang Mas’. Setelah pulang dari Siam, kedua-dua
gembala gajah tadi mencipta pula tarian ‘Layang Mas’.
Tarian ini merupakan salah satu tarian dalam himpunan
(repertoire) Terinai. Sebuah tarian istana yang sangat cantik yang banyak
menggunakan gerak tangan, melayang-layang (melenggang-lenggang) sambil
berpusing beberapa kali, mempunyai gerak bahu yang jelas serta pergerakan
pinggul. Tarian ini menggunakan selendang panjang yang terikat dengan tali
pinggang di pinggang. Selendang dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk dan
sering digambarkan sebagai sayap burung. Tarian ini hanya boleh ditarikan oleh
golongan wanita sahaja.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
Perlis
Tel : 04-979 3604
|
TERINAI
Terinai merupakan kesenian yang bertapak lama di negeri Perlis.
Lazimnya ia dipersembahkan dalam keramaian istana, bersama irama serunai
(lubang 7 – atas 6, lubang bawah -1), sepasang gendangnya (muka kecil dipukul
dengan menggunakan sejenis rotan yang diikat dan dijalin) yang lembut dan dua
biji gong - membawa roh yang tersirat di dalamnya. Terinai juga diiringi oleh
paluan “Gendang Terinai” dengan memainkan tiga buah lagu iaitu Temang Welo,
Selong dan Mak Inang.
Namun begitu, ianya masih dimainkan juga di majlis2
perkahwinan biasa. Tentunya irama ini mempersembahkan sekali tariannya yang
lemah gemalai dan begitu mengasyikkan, bersama lilin di tangan ia sangat
mengharukan. Begitulah cantiknya budaya orang Melayu, dalam lembut ada keras,
dalam keras ada lembut – menjadi liat dan pepat. Antara irama yang dimainkan
adalah seperti Menghadap Terinai, Ketam Bawa Anak, Dewa Raja, Inang Cik Lang
dan lain-lain lagi.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
Perlis
Tel : 04-979 3604
|
MENORA
Terdapat beberapa tarian di dalam persembahan menora dan
dipercayai pada asalnya menora mempunyai 12 gerak tari dan posisi. Namun, lama
kelamaan gerak tari ini semakin hilang berikutan tindakan ketua-ketua menora
mencipta olahan gerak tari yang baru mengikut peredaran zaman dan menyesuaikan
dengan citarasa disamping mengekalkan ciri-ciri keasliannya.
Antara tarian yang biasa dimainkan dan dipersembahkan
adalah seperti Tarian Masuk, Tarian Burung Kenari, Tarian Penjuru Besar ataupun
Gerak Tari Jalan Angsa, Tarian Penjuru Kecil ataupun Gerak Tari Gajah serta
Tarian Labah-labah yang menganyam sarangnya.
Tarian Masuk adalah merujuk kepada gerak tari masuk
gelanggang. Manakala,Tarian Kinnari pula adalah hasil pengamatan peniruan gerak
tari burung. Gerak Tari Pencak Besar adalah gerak tari jalan angsa dan Gerak
Tari Penjuru Kecil berdasarkan gerak tari posisi gajah. Selain itu, terdapat
satu gerak tari yang unik iaitu Gerak Tari Labah-Labah menganyam sarangnya yang
mana memerlukan stamina yang tinggi untuk mempersembahkan gerak tarinya.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :
Encik Pin A/L Endin Klap
Persatuan Kebudayaan Siam Negeri Perlis
No. 63, Lorong Satu,
Rpa Chuping,
02500 Bukit Keteri,
Perlis
Tel : 012-494 2639
|
No comments:
Post a Comment