Home » Perak 

HULU PERAK - MUZIK

GENDANG PANJANG
         
                                                






Gendang Panjang adalah sejenis muzik pergendangan yang sinonim dengan masyarakat Thai atau orang berketurunan Siam. Kesenian ini telah dibawa ke Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak sejak lebih 30 tahun lalu dan terus dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Siam setempat.

Muzik Gendang Panjang ini sering dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian seperti perarakan pengantin, perarakan pembesar-pembesar, acara keagamaan dan lain- lain. Lagu-lagu yang dimainkan terdiri daripada lagu Loy Khratong, Rambong, Caca dan Lagu Gendang Panjang.
Dalam acara perarakan menyambut pembesar-pembesar, lagu-lagu Loy Khratong dan Rambong sering dimainkan manakala di majlis perarakan perkahiwnan lagu-lagu pilihan ialah Caca dan Lagu Gendang Panjang.                                                                           


Home » Perak 

GENDANG SILAT

                                                                             







Lazimnya paluan gendang silat dimainkan bagi mengiringi persembahan silat terutamanya silat seni. Muzik ini berperanan menaikkan semangat pesilat dan akan bersilat dengan penuh yakin dan mengasyikkan mengikut rentak paluan gendang dan tiupan serunai.


Pergendangan silat ini bukan sekadar mengiringi sesuatu persembahan silat malah turut berperanan dalam acara menyambut ketibaan tetamu dan acara-acara perarakan serta memeriahkan majlis perkahwinan dengan mengiringi persembahan silat pulut. Bagi menyambut ketibaan tetamu utama umpamanya sultan, lagu yang dimainkan ialah Layang Mas.
Muzik pergendangan silat ini boleh dipelbagaikan sama ada dalam paluan rentak lagu tradisional, lagu Arab, lagu moden dan juga dangdut.                                             


Home » Perak  

KINTA - MUZIK

DENDANG SITI FATIMAH

                                                                                                                           




Dendang Siti Fatimah merupakan syair yang dipercayai berasal dari Tanah Arab dan bermula semenjak zaman Rasulullah SAW. Syair ini dilagukan oleh sembilan Bidadari untuk anakanda-anakanda Rasulullah saw. Nyanyian ini diteruskan oleh Saiyidatina Fatimah untuk menidurkan anakandanya Saidina Hassan dan Saidina Hussin yang kemudiannya dikenali sebagai Syair Siti Fatimah. Seni kata asalnya dalam bahasa Arab. Walau bagaimanapun syair-syair yang didendangkan di negeri ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan telah diubah suai mengikut suasana setempat.

Syair ini membawa senikata yang memuji junjungan Nabi Muhammad SAW menceritakan dari detik bayi berada dalam kandungan, kesusahan ibu mengandung dan melahirkan seterusnya mengisahkan belai kasih ibu mengasuh bayi dari kecil hingga dewasa. Selain itu syair ini mengandungi kata-kata nasihat kepada si anak terutama tidak melupakan jasa kedua ibu dan bapa.


Home » Perak  

KOMPANG

      
                                                   







                                      Dipercayai berasal dari Timur Tengah berdasarkan lirik lagu yang dimainkan dalam bahasa Arab, seperti memuji Rasulullah SAW. Permainan kompang dibawa masuk oleh pedagang Arab yang datang berdagang di Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan seterusnya berkembang hingga kini.


Bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara seperti nyanyian solo atau berkumpulan (nasyid, marhaban). Mengarak pengantin, berkhatam Quran dan upacara rasmi melibatkan tetamu-tetamu kehormat.
Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.                               




Home » Perak 

REBANA PERAK

                                                                                                                           






Rebana berasal daripada dua perkataan Arab iaitu ‘rab’ bermakna pukulan dan ‘na’ bermakna kami. Justeru rebana membawa maksud ‘pukulan kami’.
Paluan Rebana Perak diketuai oleh seorang peningkah dan diikuti dengan penyelang dan penalu. Kebiasaannya ahli sesebuah kumpulan Rebana terdiri daripada 15 hingga 20 orang. Terdapat beberapa jenis rentak paluan dan yang paling popular ialah Sariful Annam dan Kinchat. Manakala lagunya dipetik dari surah Berzanji dan sering juga dinyanyikan dalam bahasa Melayu mengikut kesesuaian sesuatu majlis atau upacara.

Rebana Perak sering dimainkan di majlis perkahwinan, majlis berkhatan, bertindik, acara sambutan tetamu-tetamu kehormat dan juga acara-acara perarakan. Keunikan paluan Rebana Perak ini dapat dilihat semasa majlis perkahwinan di mana dua atau lebih kumpulan Rebana daripada pihak tuan rumah dan pihak mempelai berlawan memalu Rebana sehinggalah salah satu pihak berhenti barulah pertembungan paluan ini tamat





Home » Perak 

KUALA KANGSAR -  MUZIK

BERZANJI
         
                                                                                                                           






Berzanji adalah satu bentuk doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad SAW yang disampaikan dalam bentuk berlagu. Berzanji menceritakan tentang riwayat Nabi Muhammad yang merangkumi salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi Rasul serta mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Rasulullah SAW.
Berzanji dipersembahkan di majlis-majlis keraian dengan niat untuk mendapatkan keberkatan. Kesenian yang berunsur Islam ini sering diadakan di upacara mencukur rambut/memotong jambul bayi, acara berkhatan, naik buaian/berendoi, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Bacaan Berzanji dialunkan secara bergilir seorang demi seorang sambil disahuti oleh ahli kumpulan dengan kalimah ‘Allah’. Ahli-ahli kumpulan biasanya duduk bersila.



Home » Perak  

DENDANG SITI FATIMAH

                                                                              








Dendang Siti Fatimah merupakan syair yang dipercayai berasal dari Tanah Arab dan bermula semenjak zaman Rasulullah SAW. Syair ini dilagukan oleh 9 Bidadari untuk anakanda-anakanda Rasulullah SAW. Nyanyian ini diteruskan oleh Saiyidatina Fatimah untuk menidurkan anakandanya Saidina Hassan dan Saidini Hussin yang kemudiannya dikenali sebagai Syair Siti Fatimah. Seni kata asalnya dalam bahasa Arab. Walau bagaimanapun syair-syair yang didendangkan di negeri ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan telah diubah suai mengikut suasana setempat.


Syair ini membawa seni kata yang memuji junjungan Nabi Muhammad SAW menceritakan dari detik bayi berada dalam kandungan, kesusahan ibu mengandung dan melahirkan seterusnya mengisahkan belai kasih ibu mengasuh bayi dari kecil hingga dewasa. Selain itu syair ini mengandungi kata-kata nasihat kepada si anak terutama tidak melupakan jasa kedua ibu dan bapa.                                             


Home » Perak  

GENDANG SILAT
        
                                      






Lazimnya paluan gendang silat dimainkan bagi mengiringi persembahan silat terutamanya silat seni. Muzik ini berperanan menaikkan semangat pesilat dan akan bersilat dengan penuh yakin dan mengasyikkan mengikut rentak paluan gendang dan tiupan serunai.


Pergendangan silat ini bukan sekadar mengiringi sesuatu persembahan silat malah turut berperanan dalam acara menyambut ketibaan tetamu dan acara-acara perarakan serta memeriahkan majlis perkahwinan dengan mengiringi persembahan silat pulut. Bagi menyambut ketibaan tetamu utama umpamanya sultan, lagu yang dimainkan ialah Layang Mas.
Muzik pergendangan silat ini boleh dipelbagaikan sama ada dalam paluan rentak lagu tradisional, lagu Arab, lagu moden dan juga dangdut.                                                                                     


Home » Perak 

MARHABAN
         
                                                        






Marhaban berasal daripada perkataan Arab ‘ahlan wa sahlan' yang membawa maksud ucapan selamat datang yang mengalu-alukan kedatangan tetamu.


Marhaban sering dipersembahkan di majlis-majlis keramaian dan keraian seperti majlis perkahwinan, naik buaian/berendoi, cukur jambul bayi, majlis aqiqah, meraikan Syawal dan sebagainya.
Syair Marhaban yang paling popular adalah daripada kitab ‘berzanji’ disamping kitab-kitab lain seperti Maulid ad-Diba’l, Maulid al-Habshee dan Qasidah Burdah. Marhaban dialunkan sambil berdiri denga penuh semangat sebagai tanda hormat kepada baginda Rasulullah SAW.                                                                  


Home » Perak  

REBANA PERAK
         
                                                                                                                           




Rebana berasal daripada dua perkataan Arab iaitu ‘rab’ bermakna pukulan dan ‘na’ bermakna kami. Justeru rebana membawa maksud ‘pukulan kami’.
Paluan Rebana Perak diketuai oleh seorang peningkah dan diikuti dengan penyelang dan penalu. Kebiasaannya ahli sesebuah kumpulan Rebana terdiri daripada 15 hingga 20 orang. Terdapat beberapa jenis rentak paluan dan yang paling popular ialah Sariful Annam dan Kinchat. Manakala lagunya dipetik dari surah Berzanji dan sering juga dinyanyikan dalam bahasa Melayu mengikut kesesuaian sesuatu majlis atau upacara.

Rebana Perak sering dimainkan di majlis perkahwinan, majlis berkhatan, bertindik, acara sambutan tetamu-tetamu kehormat dan juga acara-acara perarakan. Keunikan paluan Rebana Perak ini dapat dilihat semasa majlis perkahwinan di mana dua atau lebih kumpulan Rebana daripada pihak tuan rumah dan pihak mempelai berlawan memalu Rebana sehinggalah salah satu pihak berhenti barulah pertembungan paluan ini tamat.



Home » Perak  

HADRAH
          
                                                                                                                           





Hadrah merupakan salah satu kesenian yang popular di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Di negeri Perak kesenian ini dibawa oleh penggiat seni dari Kedah, Tok Che Mat dan Mat Ali pada tahun 1949 ke Selama, Perak. Kesenian Hadrah sememangnya berasal dari Tanah Arab dan corak-corak persembahan Hadrah di Malaysia telah diubah suai mengikut budaya masyarakat Melayu.
Kesenian Hadrah mengandungi elemen-elemen muzik, nyanyian dan tarian. Persembahan kesenian Hadrah di Selama, Perak bergantung kepada 12 gubahan lagu yang diiringi dengan paluan rebana pelbagai saiz serta paluan gong. Manakala tarian Hadrah yang dipersembahkan mempunyai berbagai-bagai ragam tari bergantung kepada lagu-lagu yang dialunkan.
Kesenian Hadrah ini sering dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan, majlis rasmi kerajaan dan sambutan ketibaan pembesar-pembesar.
Nota : Maklumat lanjut, sila hubungi :



Kumpulan Hadrah Seri Cahaya Bulan,


268, Kampung Gua Petai,

34100 Selama, Perak.

Tel : 019-4625501 (En. Abdul Rahman Bin Mat Akib)



Home » Perak 

PERGENDANGAN SILAT
       
                                                                                                                          



Lazimnya paluan gendang silat dimainkan bagi mengiringi persembahan silat terutamanya silat seni. Muzik ini berperanan menaikkan semangat pesilat dan akan bersilat dengan penuh yakin dan mengasyikkan mengikut rentak paluan gendang dan tiupan serunai.


Pergendangan silat ini bukan sekadar mengiringi sesuatu persembahan silat malah turut berperanan dalam acara menyambut ketibaan tetamu dan acara-acara perarakan serta memeriahkan majlis perkahwinan dengan mengiringi persembahan silat pulut. Bagi menyambut ketibaan tetamu utama umpamanya sultan, lagu yang dimainkan ialah Layang Mas.
Muzik pergendangan silat ini boleh dipelbagaikan sama ada dalam paluan rentak lagu tradisional, lagu Arab, lagu moden dan juga dangdut.



Home » Perak 

PERAK TENGAH - MUZIK

DENDANG SITI FATIMAH
         
                                                                                                                           





Dendang Siti Fatimah merupakan syair yang dipercayai berasal dari Tanah Arab dan bermula semenjak zaman Rasulullah SAW. Syair ini dilagukan oleh sembilan Bidadari untuk anakanda-anakanda Rasulullah SAW. Nyanyian ini diteruskan oleh Saiyidatina Fatimah untuk menidurkan anakandanya Saidina Hassan dan Saidina Hussin yang kemudiannya dikenali sebagai Syair Siti Fatimah. Seni kata asalnya dalam bahasa Arab. Walau bagaimanapun syair-syair yang didendangkan di negeri ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan telah diubah suai mengikut suasana setempat.

Syair ini membawa seni kata yang memuji junjungan Nabi Muhammad SAW menceritakan dari detik bayi berada dalam kandungan, kesusahan ibu mengandung dan melahirkan seterusnya mengisahkan belai kasih ibu mengasuh bayi dari kecil hingga dewasa. Selain itu syair ini mengandungi kata-kata nasihat kepada si anak terutama tidak melupakan jasa kedua ibu dan bapa.


Home » Perak 

REBANA PERAK
        
                                                         






Rebana berasal daripada dua perkataan Arab iaitu ‘rab’ bermakna pukulan dan ‘na’ bermakna kami. Justeru rebana membawa maksud ‘pukulan kami’.


Paluan Rebana Perak diketuai oleh seorang peningkah dan diikuti dengan penyelang dan penalu. Kebiasaannya ahli sesebuah kumpulan Rebana terdiri daripada 15 hingga 20 orang. Terdapat beberapa jenis rentak paluan dan yang paling popular ialah Sariful Annam dan Kinchat. Manakala lagunya dipetik dari surah Berzanji dan sering juga dinyanyikan dalam bahasa Melayu mengikut kesesuaian sesuatu majlis atau upacara.
Rebana Perak sering dimainkan di majlis perkahwinan, majlis berkhatan, bertindik, acara sambutan tetamu-tetamu kehormat dan juga acara-acara perarakan. Keunikan paluan Rebana Perak ini dapat dilihat semasa majlis perkahwinan di mana dua atau lebih kumpulan Rebana daripada pihak tuan rumah dan pihak mempelai berlawan memalu Rebana sehinggalah salah satu pihak berhenti barulah pertembungan paluan ini tamat.                                                                 


No comments:

Post a Comment