Home » Kuala Lumpur 


BUKIT BINTANG – TEATER

MAK YONG
        
                                       







Mak Yong (atau Makyong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.


Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Di-Raja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri daripada pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.
Nota : Gabungan Anak-Anak Siam Kelantan yang berhijrah ke Kuala Lumpur mendominasi aktiviti seni budaya di Segitiga Emas. Pelbagai acara kesenian seperti Menora, Mak Yong, Dikir Barat, demonstrasi pembuatan alatan wayang kulit dan penganjuran acara-acara pentas menjadi fokus utama persatuan ini. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 019-3324919 (En. Epan @ Suwanlerd Pro Poul).                                                                                 


Home » Kuala Lumpur 

MENORA

                                                                              








Menora boleh mempunyai banyak erti dan bergantung kepada si penutur itu sendiri. Menora boleh membawa maksud mendatari (dance-drama), pembaca puisi, atau pemimpin kumpulan, atau pelakon atau penari persembahan itu. Menora adalah sejenis drama tari sama seperti Mak Yong, Mek Mulung, Jikey dan lain-lain. Drama tari bermaksud suatu persembahan yang merangkumi drama, nyanyian, dan tarian. Selain itu, Menora juga banyak dipengaruhi oleh elemen Buddha. Ini adalah kerana Menora merupakan salah satu persembahan di kuil-kuil Buddha.

Persembahan Menora dilakukan untuk pelbagai tujuan. Bukan untuk keagamaan sahaja. Kadangkala ianya dilakukan bagi tujuan ritual, perubatan dan hanya untuk persembahan. Di dalam persembahan Menora ini, ada pelbagai kisah yang kesemuanya merangkumi 12 buah kisah. Setiap drama tari seperti ini tidak dapat dielakkan daripada watak lucu atau adegan lucu oleh pelakonnya yang dinamakan 'Peran'.
Nota : Gabungan Anak-Anak Siam Kelantan yang berhijrah ke Kuala Lumpur mendominasi aktiviti seni budaya di Segitiga Emas. Pelbagai acara kesenian seperti Menora, Mak Yong, Dikir Barat, demonstrasi pembuatan alatan wayang kulit dan penganjuran acara-acara pentas menjadi fokus utama persatuan ini. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 019-3324919 (En. Epan @ Suwanlerd Pro Poul).                                             


Home » Kuala Lumpur 


CHERAS - TEATER


TEATER TRADISIONAL BANGSAWAN
          
                                                






Sejak bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah satu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan monopoli kegiatan teater di Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga ke Indonesia.

Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah dari Malaysia, sebaliknya bangsawan lahir daripada pengkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun 1870-an, Pulau Pinang telah menerima pengaruh sebuah pementasan teater bergerak bernama Wayang Parsi atau Mendu. Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan mengunakan bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India.
Wayang Parsi ini kemudian diambil alih oleh tuan dari kalangan Jawi Pekan tempatan bernama Mohamed Pusi pada tahun 1884 dan diberikan nama wayang Bangsawan. Nama kumpulan bangsawan pertama ialah Pusi Indera Bangsawan of Penang yang bergiat pada tahun 1885 dan menggunakan bahasa Melayu. Kumpulan ini bergerak ke seluruh tanah air hingga ke Sumatera. Di Kuala Lumpur, tapak Sungei Wang Plaza dahulunya merupakan tempat bangsawan dipentaskan dan dikenali sebagai Happy World. Kumpulan-kumpulan yang telah bergiat cergas sejak kumpulan pertama terlalu banyak jumlahnya. Kumpulan yang lebih lama bergiat adalah seperti Nahar Bangsawan Malaysia Opera, Kinta Opera, Indera Bangsawan of Penang, City Opera, Penisular Opera, Seri Permata Opera, Jaya Opera, Zanzibar Bangsawan, Dean Union Opera, Gray Opera, Indera Permata of Selangor,Constantinople Opera, Rahman Opera, Kencana Wati Opera, Bangsawan Jenaka Melayu dan Bolera Opera.
Nota : Sebarang maklumat sila hubungi :

Angkatan Karyawan Aktif Kuala Lumpur ( Angka )

Lot 72, Jln 34b Kg Cheras Baru 56100 Cheras
Kuala Lumpur
Telefon :016-3157008 (En. Azman Hassan)

Karyawan Bandaraya Kuala Lumpur

17-07-13, Apartment Indah Mas Jln Ikan Mas 56100 Cheras
Kuala Lumpur
Telefon : 019-697 8345 (En. Osman Jailani Hamid)

Persatuan Penggerak Seni Budaya Kuala Lumpur

A-5-13 Blok A Jln 2/14a, Megan Pheonix Jln Cheras 56000
Kuala Lumpur
Telefon : 013-2061720 (En. Shakrani Samsudin)

Kumpulan Teater Artist Of The Mosses (Aroma)

No 41 Jln Bunga Melati 1 Taman Maju Jaya
56100 Cheras Kuala Lumpur
Telefon :013-3626846 (Tuan Faisal Azmy bin Tuan Kob)

Majlis Teater Kuala Lumpur

A-5-13 Blok A Jalan 2/14a Megan Pheonix Jalan Cheras 56000
Kuala Lumpur
Telefon :012-3747458 (En. Ibrahim Akir)                                                                           


Home » Kuala Lumpur


SEGAMBUT –TEATER

TEATER TRADISIONAL BANGSAWAN

                                                                                








Sejak bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah satu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan monopoli kegiatan teater di Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga ke Indonesia.

Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah dari Malaysia, sebaliknya bangsawan lahir daripada pengkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun 1870-an, Pulau Pinang telah menerima pengaruh sebuah pementasan teater bergerak bernama Wayang Parsi atau Mendu. Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan mengunakan bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India.
Wayang Parsi ini kemudian diambil alih oleh tuan dari kalangan Jawi Pekan tempatan bernama Mohamed Pusi pada tahun 1884 dan diberikan nama wayang Bangsawan. Nama kumpulan bangsawan pertama ialah Pusi Indera Bangsawan of Penang yang bergiat pada tahun 1885 dan menggunakan bahasa Melayu. Kumpulan ini bergerak ke seluruh tanah air hingga ke Sumatera. Di Kuala Lumpur, tapak Sungei Wang Plaza dahulunya merupakan tempat bangsawan dipentaskan dan dikenali sebagai Happy World. Kumpulan-kumpulan yang telah bergiat cergas sejak kumpulan pertama terlalu banyak jumlahnya. Kumpulan yang lebih lama bergiat adalah seperti Nahar Bangsawan Malaysia Opera, Kinta Opera, Indera Bangsawan of Penang, City Opera, Penisular Opera, Seri Permata Opera, Jaya Opera, Zanzibar Bangsawan, Dean Union Opera, Gray Opera, Indera Permata of Selangor,Constantinople Opera, Rahman Opera, Kencana Wati Opera, Bangsawan Jenaka Melayu dan Bolera Opera.
Nota : Grup Teater Anak Soleh mempunyai keahlian seramai 30 orang, beralamat di No.141, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr. Ismail. Kumpulan teater ini menumpukan kepada pembikinan produksi teater bercorak keislaman. Selain itu, diadakan bengkel, ceramah, kutipan amal, menyertai pertandingan, manifestasi serta mengadakan pertunjukkan amal. Maklumat lanjut, sila hubungi 012-555 3347 (En. Saiful)                                           


No comments:

Post a Comment