Home » Selangor 

SABAK BERNAM - TEATER

WAYANG KULIT JAWA

     
                                                                  






Wayang kulit adalah salah satu bentuk teater tradisional yang telah berakar umbi sejak sekian lama di Kepulauan Melayu. Bermula dengan hikayat klasik Mahabrata dan Ramayana yang terkenal, wayang kulit mempunyai nilai tradisi yang tersendiri dalam menjadikannya warisan zaman-berzaman. Pertunjukan wayang kulit dipersembahkan oleh seorang Tok Dalang dan lazimnya menceritakan kisah epik sejarah dan juga kisah budaya kawasan itu.

Persembahan wayang kulit akan diiringi dengan satu kumpulan muzik sebagai membantu menghidupkan lagi watak-watak yang dimainkan dan menggambarkan suasana adegan-adegan yang berlaku ketika itu. Penggunaan alat muzik dalam persembahan wayang kulit adalah berbeza antara satu dengan yang lain.
Peralatan muzik untuk wayang kulit Kelantan ialah gong, (tetawak), gendang, geduk, gedombak, canang, mong, serunai dan kesi. Bagi wayang kulit Purwo pula alat-alat muzik yang digunakan ialah gong besar (gong Agong), gong suwukan, gambang, kempul, kenong, gender, slentem, demung, saron, peking (saron penerus), ketok / kompang, rebab dan gendang. Antara lagu yang dimainkan pula ialah seperti lagu Bertabuh, Perang, Seri Rama, Kabar Manja, Buluh Seruas, Pandan Wangi dan banyak lagi.                                                        


No comments:

Post a Comment