Home » Perak 

HILIR PERAK - TARI

DABUS
       
                                                                       









Dabus pada asalnya bukanlah sebuah tarian tetapi merupakan sejenis seni mempertahankan diri. Oleh itu, konsep dabus ialah kepahlawan. Justeru itu, permainan dabus menuntut kecerdasan, ketangkasan, keperwiraan dan keceriaan ketika bermain.


Dabus adalah salah satu tarian tradisional di Perak yang mampu bertahan sejak lebih 300 tahun lalu. Kesenian ini menggabungkan elemen-elemen muzik, nyanyian, tarian dan keberanian. Dabus Bagan Datoh, terdapat tiga ragam tari iaitu Hayun Tajak, Helang Sewah dan Susun Sireh. Gerak tari Helang Sewah dan Hayun Tajak ditarikan oleh penari lelaki manakala Susun Sireh ditarikan oleh penari perempuan.
Tarian-tarian ini diiringi dengan paluan rebana dabus dan lagu atau nasyid dabus. Uniknya tarian ini menggunakan sepasang alat tajam yang dinamakan ‘anak dabus’. Dalam persembahan yang berunsur ritual ini, penari-penari akan mencucuk anak dabus ke lengan mereka hingga berdarah. Seorang khalifah berperanan menawar bisa akibat tusukan anak dabus akan menjampi, membasuh dan menepuk luka tersebut dengan air penawar bisa.
Kesenian ini biasanya dipersembahkan di majlis-majlis keramaian.                                                    


Home » Perak  

LENGGOK

        
                                                                                                                        
KUTIRAPAM (KUDA KEPANG .)
Ditarikan sewaktu acara sembahyang dan majlis perkahwinan.


MAYIL ATAM


Ditarikan waktu majlis perkahwinan dan sambutan Raja-Raja serta perayaan masyarakat India.



BAMBHATAM


Persembahan tarian ular serta acara keramaian.
      


Home » Perak  

TARIAN RAKYAT INDIA
      
                                                                                                                          

KUTIRAPAM (KUDA KEPANG .)


Ditarikan sewaktu acara sembahyang dan majlis perkahwinan.


MAYIL ATAM


Ditarikan waktu majlis perkahwinan dan sambutan Raja-Raja serta perayaan masyarakat India. 



BAMBHATAM


Persembahan tarian ular serta acara keramaian.



Home » Perak  

SEWANG

                                                                             








Sewang pada asalnya bukanlah sebuah tarian tetapi merupakan satu upacara perubatan yang diamalkan oleh masyarakat orang asli. Kini Sewang telah diadaptasi kepada persembahan tarian.


Tarian Sewang dipercayai telah wujud sejak lebih 100 tahun lalu. Kesenian ini menggabungkan elemen-elemen muzik, nyanyian dan tarian. Tarian ini mengisahkan tentang pemujaan roh nenek moyang serta dikaitkan dengan penerokaan sesebuah kawasan yang hendak dijadikan kawasan pertanian.
Tarian Sewang diiringi dengan alatan muzik centong yang diperbuat daripada buluh dan kayu. Dalam persembahan yang berunsur ritual ini, penari-penari akan membawa dua ikat daun kuang sebagai prop. Kebiasaannya penari-penari menggunakan daun serbok dan bunga hutan sebagai hiasan. Penari-penari akan bergerak dalam satu bulatan besar sambil menyanyi diselang-seli dengan seorang penyanyi solo di tengah bulatan tersebut. Kesenian ini biasanya dipersembahkan di upacara beradat dalam kelompok orang asli itu sendiri dan juga majlis-majlis keramaian lainnya.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :
Kumpulan Sewang Kampung Asli Sungai Pahlawan, Langkap.
Tel : 014-3016350 (Puan Saidah)                                              





Home » Perak 

HULU PERAK - TARI

LOY KHRATONG RAMBONG

                                                                             








Tarian Loy Khratong dan Tarian Rambong seperti mana Gendang Panjang juga merupakan kesenian yang sinonim dengan masyarakat berketurunan Thai atau Siam. Kesenian ini telah dibawa masuk ke Kampung Tasek Pengkalan Hulu, Perak sejak lebih 30 tahun yang lalu dan terus dipraktikkan dalam kalangan msyarakat Siam setempat.


Tarian-tarian ini dipersembahkan terutamanya semasa perayaan Loy Khratong dan Pesta Songkran dan majlis-majlis keramaian lainnya.                                              


Home » Perak  

SEWANG

                                                                              








Sewang pada asalnya bukanlah sebuah tarian tetapi merupakan satu upacara perubatan yang diamalkan oleh masyarakat orang asli. Kini Sewang telah diadaptasi daripada upacara perubatan kepada persembahan tarian.


Tarian Sewang dipercayai telah wujud sejak lebih 100 tahun lalu. Kesenian ini menggabungkan elemen-elemen muzik, nyanyian dan tarian. Tarian ini mengisahkan tentang pemujaan roh nenek moyang serta dikaitkan dengan penerokaan sesebuah kawasan yang hendak dijadikan kawasan pertanian. Tarian Sewang diiringi dengan alatan muzik centong yang diperbuat daripada buluh dan kayu. Dalam persembahan yang berunsur ritual ini, penari-penari akan membawa dua ikat daun kuang sebagai prop. Kebiasaannya penari-penari menggunakan daun serbok dan bunga hutan sebagai hiasan. Penari-penari akan bergerak dalam satu bulatan besar sambil menyanyi diselang-seli dengan seorang penyanyi solo di tengah bulatan tersebut.
Kesenian ini biasanya dipersembahkan di upacara beradat dalam kelompok orang asli itu sendiri dan juga majlis-majlis keramaian lainnya.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak


Kompleks JKKN Perak

Lot 20561 @ 20565
Jalan Cardwell off Jalan Raja Dihilir
30350 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-253 7001


Kumpulan Sewang Pasukan Gerakan Am (PGA),


Pejabat Latihan Batalion 18 PGA,

33100 Pengkalan Hulu.
Tel : 013-488 1830 (Sarjan Mejar Md. Ridzuan Bin Hossein)


Kumpulan Sewang Pos Kemar,


Kampung Bal RPS Kemar,

33000 Gerik.
Tel : 019-597 6030 (Angah Bin Alang)                                             


Home » Perak  

KAMPAR - TARI

SEWANG
       
                                                            







Sewang pada asalnya bukanlah sebuah tarian tetapi merupakan satu upacara perubatan, mengubat orang sakit yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli. Kini Sewang telah diadaptasi daripada upacara perubatan kepada persembahan tarian.


Tarian Sewang dipercayai telah ujud sejak lebih 100 tahun lalu. Kesenian ini menggabungkan elemen-elemen muzik, nyanyian dan tarian. Tarian ini mengisahkan tentang pemujaan roh nenek moyang serta dikaitkan dengan penerokaan sesebuah kawasan yang hendak dijadikan kawasan pertanian. Tarian Sewang diiringi dengan alatan muzik centong yang diperbuat daripada buluh dan kayu. Dalam persembahan yang berunsur ritual ini, penari-penari akan membawa dua ikat daun kuang sebagai prop. Kebiasaannya penari-penari menggunakan daun serbok dan bunga hutan sebagai hiasan. Penari-penari akan bergerak dalam satu bulatan besar sambil menyanyi diselang-seli dengan seorang penyanyi solo di tengah bulatan tersebut.
Kesenian ini biasanya dipersembahkan di upacara beradat dalam kelompok Orang Asli itu sendiri dan juga majlis-majlis keramaian lainnya.                                                               




Home » Perak  

KINTA - TARI

SEWANG
        
                                                                                                                           






Sewang pada asalnya bukanlah sebuah tarian tetapi merupakan satu upacara perubatan yang diamalkan oleh masyarakat orang asli. Kini Sewang telah diadaptasi daripada upacara perubatan kepada persembahan tarian.
Tarian Sewang dipercayai telah wujud sejak lebih 100 tahun lalu. Kesenian ini menggabungkan elemen-elemen muzik, nyanyian dan tarian. Tarian ini mengisahkan tentang pemujaan roh nenek moyang serta dikaitkan dengan penerokaan sesebuah kawasan yang hendak dijadikan kawasan pertanian. Tarian Sewang diiringi dengan alatan muzik centong yang diperbuat daripada buluh dan kayu. Dalam persembahan yang berunsur ritual ini, penari-penari akan membawa dua ikat daun kuang sebagai prop. Kebiasaannya penari-penari menggunakan daun serbok dan bunga hutan sebagai hiasan. Penari-penari akan bergerak dalam satu bulatan besar sambil menyanyi diselang-seli dengan seorang penyanyi solo di tengah bulatan tersebut.
Kesenian ini biasanya dipersembahkan di upacara beradat dalam kelompok orang asli itu sendiri dan juga majlis-majlis keramaian lainnya.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak


Kompleks JKKN Perak

Lot 20561 @ 20565
Jalan Cardwell off Jalan Raja Dihilir
30350 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-253 7001



Kumpulan Sewang Pasukan Gerakan Am (PGA),


Pejabat Latihan Batalion 18 PGA,

33100 Pengkalan Hulu.
Tel : 013-488 1830 (Sarjan Mejar Md. Ridzuan Bin Hossein)




Home » Perak »

TARIAN RAKYAT INDIA
         
                                                                                                                         
GYSTY :
Tarian Asli dari masyarakat India. Ditarikan waktu keramaian.


KUMMI :


Ditarikan semasa majlis perkahwinan masyarakat India.


OPPANA :


Tarian masyarakat India untuk orang-orang Muslim ditarikan sehari sebelum majlis perkahwinan orang-orang Muslim.


KOLATTAM :


Tarian Kayu yang ditarikan untuk acara menuai padi di dalam Pesta Ponggal.



PSKAAL KUTHIRAAI :


Sejenis tarian kuda kepang yang berasal dari Tamil Nadu yang dipersembahkan untuk Maharaja.




Home » Perak  

TARIAN TRADISIONAL PERAK

                                                           





Tarian-tarian Perak seperti Dabus, Bubu Menari, Lenggok, Zapin Gambus, Belotah dan Sewang diberi nafas baru atau diolah menjadi tarian kontemporari tanpa meninggalkan keaslian tarian-tarian tersebut.


Tarian-tarian kreasi baru seperti tarian Cempakasari dicipta semasa majlis Pertabalan Sultan Perak yang ke-25 dan Tarian Labu Sayong adalah tarian baru yang diilhamkan produk kraftangan yang popular di Perak iaitu Labu Sayong. Manakala tarian “Selamat Datang ke Negeri Perak” mula dikenali melalui program promosi pelancongan “Tahun Melawat Perak”. Manakala tarian “Berjojak” lahir melalui program Eksplorasi Tari Negeri Perak pada tahun 2011.
Tarian-tarian ini sering dipersembahkan di majlis-majlis rasmi anjuran agensi kerajaan, badan berkanun, swasta dan majlis keramaian lainnya.                                                                


Home » Perak  

ZAPIN PADANG CHANGKAT
        
                                                






Tarian Zapin Padang Changkat ini dikatakan dibawa ke Tanah Melayu melalui pedagang dan mubaligh dari Tanah Arab. Pada awal kemunculannya, tarian ini ditarikan oleh penari lelaki sahaja. Namun sejajar dengan perubahan masa, kini tarian ini turut ditarikan oleh penari-penari perempuan. Persembahan tarian ini diiringi dengan petikan gambus dan nyanyian.


Tarian Zapin Padang Changkat dipercayai telah dikenali di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar Perak sejak lebih 50 tahun yang lalu.
Kesenian ini dipersembahkan di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan acara-acara lainnya.                                                                           


Home » Perak  

BELOTAH

                                                                                                                           




Belotah merupakan sebuah tarian rakyat negeri Perak berkaitan dengan persawahan di mana kesenian ini seringkali dipersembahkan semasa menuai padi. Padi yang telah dituai dihimpunkan di atas “pelantar” yang mana lantainya diperbuat daripada bilah-bilah batang pinang yang diikat dengan rotan. Pelantar ini boleh memuatkan 10 – 15 orang dalam satu-satu masa.
Mereka yang terlibat akan memijak padi dalam bentuk bulatan sambil berbalas-balas pantun dan diselangi dengan sebutan "Lotah…Lotah..hei lah..le". Terdapat dua jenis pantun Belotah iaitu Lotah Panjang da Lotah Pendek.

Suasana melotah ini penuh dengan kegembiraan dan kemesraan di mana berlakunya usik mengusik terutama di antara teruna dan dara. Tidak keterlaluan jika dikatakan acara Belotah ini memberi peluang kepada anak-anak muda mencari pasangan hidup



Home » Perak  

DABUS
          
                                                                                                                           







Dabus pada asalnya bukanlah sebuah tarian tetapi merupakan sejenis seni mempertahankan diri. Oleh itu, konsep dabus ialah kepahlawan. Justeru itu, permainan dabus menuntut kecerdasan, ketangkasan, keperwiraan dan keceriaan ketika bermain.
Dabus adalah salah satu tarian tradisional di Perak yang mampu bertahan sejak lebih 300 tahun lalu. Kesenian ini menggabungkan elemen-elemen muzik, nyanyian, tarian dan keberanian. Dabus Bagan Datoh, terdapat tiga ragam tari iaitu Hayun Tajak, Helang Sewah dan Susun Sireh. Gerak tari Helang Sewah dan Hayun Tajak ditarikan oleh penari lelaki manakala Susun Sireh ditarikan oleh penari perempuan.
Tarian-tarian ini diiringi dengan paluan rebana dabus dan lagu atau nasyid dabus. Uniknya tarian ini menggunakan sepasang alat tajam yang dinamakan ‘anak dabus’. Dalam persembahan yang berunsur ritual ini, penari-penari akan mencucuk anak dabus ke lengan mereka hingga berdarah. Seorang khalifah berperanan menawar bisa akibat tusukan anak dabus dengan menjampi, membasuh dan menepuk luka tersebut dengan air penawar bisa.

Kesenian ini biasanya dipersembahkan di majlis-majlis keramaian.


Home » Perak  

BUBU MENARI
          
                                                                                                                           




Tarian Bubu atau Lukah Menari merupakan salah satu tarian rakyat tradisional di negeri Perak. Dikenali sebagai Tarian Bubu kerana peralatan utama yang digunakan dalam tarian ini adalah sebuah bubu atau lukah. Kesenian ini dipercayai mula dipersembahkan sejak lebih 150 tahun lalu.
Terdapat pelbagai mitos tentang asal usul Tarian Bubu. Antara yang paling popular mengenai tiga orang pemuda yang pergi berbubu di sungai dan sesat di hutan dan tidak menjumpai jalan balik. Semasa mereka berehat di bawah satu pohon, mereka terlihat dan mendengar seorang perempuan sedang menyanyi di atas sepohon pokok yang berdekatan. Nyanyian perempuan itu menarik perhatian mereka bertiga dan lantas bertanya kepada perempuan itu mengenai jalan keluar. Bagi mengingati peristiwa pertemuan dengan perempuan itu mereka telah membuat sebuah bubu yang dihiasi dengan pakaian perempuan dan kepalanya diperbuat daripada tempurung kelapa yang dimekapkan dengan wajah yang menyerupai perempuan. Kemudian mereka memegang bubu tersebut sambil menyanyikan lagu seperti yang dinyanyikan oleh perempuan yang dipercayai makhluk yang ditemui di dalam hutan dahulu. Rentetan daripada perlakuan ketiga-tiga pemuda itu telah menjadi ikutan penduduk kampung.
Tarian Bubu yang asal masih dipraktikkan namun tarian ini telah diberi nafas baru bersesuaian dengan suasana semasa supaya terus diterima oleh masyarakat.



No comments:

Post a Comment