KUANTAN – TEATER
OPERA (BANGSAWAN CINA)
Ciri-ciri kekaguman dalam persembahan Opera Cina adalah
nyanyian dan tarian yang dilengkapi dengan kostum berwarna-warni, tatarias
wajah, akrobatik, penceritaan, lakonan, puisi dan seni mempertahankan diri yang
digabungkan menjadi persembahan yang menarik. Kemunculan teater Opera Cina ini
ketika Dinasti Song (960-1279 Masihi), ketika Dinasti Yuan (1279-1368 Masihi)
teater ini melalui zaman peralihan menjadikannya berada di tahap kemasyhuran.
Pakaian yang bersulam, aksesori kepala (headgear),
bengkung, perhiasan rambut dan terompah kayu meingkatkan ketinggian pelakon.
Lukisan wajah yang berbeza-beza mengikut watak adalah menjadi tarikan penonton.
Setiap warna yang digunakan untuk melukis wajah pelakon mempunyai / membawa
perwatakan tertentu seperti merah melambangkan keberanian, kesetiaan dan
ketegasan, hitam melambangkan kekuatan dalaman, biru melambangkan kezaliman,
putih melambangkan kejahatan dan berhidung putih pula melambangkan keriangan
dan kelucuan. Alatan muzik pula terdiri daripada Guqin, Pipa, Guzheng, Ruan,
Sanxian, Erhu, Dihu dan lain-lain.
Nota : Info lanjut sila hubungi Pertubuhan Kumpulan
Kesenian Opera Cina Keng Xin , Kuantan, Pahang atau telefon 017-7088 927 (Encik
Liew Wei Yuan dan Josephine Ching Kwan Shiow (Keng Xin).
|
No comments:
Post a Comment