SABAK
BERNAM - TARI
TARIAN KUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang amat popular di kalangan masyarakat
Jawa. Tarian ini berunsur pemujaan kerana para penari boleh tidak sedarkan
diri. Penari menggunakan kuda kepang yang diperbuat daripada buluh yang
dianyam. Kuda kepang tidak berkaki hanya mempunyai badan, kepala dan ekor
sahaja. Kumpulan kuda kepang mengandungi antara 15 hingga 20 pemain termasuk
pemuzik. Alat-alat muzik yang digunakan ialah gong, gamelan, rebana, gendang
dan bonang.
Tarian Kuda Kepang biasanya dipersembahkan di tempat
terbuka atau di atas pentas yang besar. Persembahan tarian ini akan dikawal
oleh seorang "ketua" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak
tarian. Setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula
bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "ketua" itu masuk ke
gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan kemudian semakin rancak
manakala setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang
ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.
Penari-penari akan menari selama muzik dimainkan dan
persembahan akan tamat selepas “ketua” mengarahkan rentak muzik diperlahankan
dan alunan muzik diberhentikan sepenuhnya.
|
No comments:
Post a Comment