Home » Kedah 

KOTA SETAR - TEATER

TEATER TRADISIONAL BANGSAWAN
        
                                                  






Teater Tradisional Bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Ia tidak melibatkan penggunaan skrip berbanding drama moden kini. Para pelakon hanya menuturkan dialog-dialog secara spontan berdasarkan jalan cerita yang diberikan pengarah.
Cerita bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar tentang kisah-kisah raja yang melibatkan alam kayangan dan nyata, umpamanya “Jula Juli Bintang Tujuh”. Watak-watak dalam bangsawan biasanya terdiri daripada raja dan permaisuri, pahlawan, putera kacak dan puteri yang cantik, hamba, jin dan raksaksa.
Persembahan melibatkan penggunaan panggung, teknik lampu dan set saiklorama. Alat muzik trasional ialah piano, biola, gong, tabla, gendang, drum dan arxodian.                                                                        


Home » Kedah 

TEATER TRADISIONAL JIKEY

                                               





Kesenian tradisional Jikey adalah sejenis teater rakyat terkenal dalam kalangan penduduk utara semenanjung khususnya di negeri Kedah dan Perlis. Jikey dipercayai berasal dari India dan di Tanah Melayu ini ia terdapat dalam dua versi iaitu: Jikey Kedah dan Jikey Langkawi.

Jikey amat popular dalam sekitar tahun 1960-an menampilkan ciri-ciri tempatan dalam persembahannya dengan menggabungkan muzik, nyanyian, tarian dan lakonan yang menghiburkan disulami dialog-dialog lucu. Jikey turut popular di Selatan Thailand terutama di wilayah Satun dan Phuket di daerah ini Jikey dipanggil Likey.
Jikey dianggap sebagai ‘folk cultural’ atau cerita-cerita rakyat dalam masyarakat tradisional dan ia dipersembahkan dalam bentuk teater keliling menggunakan gelanggang yang dibina di atas tanah bagi memudahkan penonton menyaksikan persembahan yang dipentaskan.
Bagaimanapun Jikey kini telah diubahsuai dan dipersembahkan di pentas-pentas terbuka. Kesenian ini hampir pupus kerana pelakon dan pendukung kesenian ini tergolong dalam golongan warga emas dan kesenian tidak mendapat perhatian dan sokongan daripada kalangan generasi muda                                                                            




Home » Kedah

KUBANG PASU - TEATER

WAYANG KULIT SERI ASUN

                                                                              







Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun telah ditubuhkan lebih 30 tahun lalu dan dipimpin oleh Encik Abdul Majid Bin Mohd Noh seorang tokoh budaya tidak sahaja dikenali dalam kalangan masyarakat daerah Kubang Pasu malahan oleh seluruh penduduk negeri Kedah.

Kini beliau berusia 60 tahun dan masih aktif mengadakan persembahan wayang kulit di seluruh negeri Kedah dan sering mendapat undangan untuk mengadakan persembahan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat-syarikat korporat, institusi pengajian tinggi serta ke luar negara seperti Thailand, Singapura, Vietnam, Jepun dan beberapa negara Eropah.
Persembahan wayang kulit oleh kumpulan ini sepenuhnya dalam versi Melayu dan bersifat humor dan jenaka. Dijayakan oleh lapan orang yang memainkan alat-alat muzik seperti sebiji geduk, sepasang gedombak, sepasang gong, sepasang kerincing dan serunai. Alat-alat muzik memainkan peranan penting dalam menghidupkan dan menjadikan persembahan wayang kulit menarik.
Sewaktu persembahan, dalang duduk berhadapan kelir. Di antara kepala dalang dengan kelir tergantung sebiji lampu yang memberi cahaya bayangan patung-patung (watak) akan kelihatan pada kelir. Cerita-cerita yang dipersembahkan berkisar mengenai isu semasa dan kemasyarakatan.                                             


No comments:

Post a Comment