KUANTAN – MUZIK
GENDANG PAHANG
Negeri Pahang Darul Makmur yang terletak di Semenanjung
Malaysia merupakan negeri terbesar dari segi keluasannya. Negeri Pahang bukan
sahaja terkenal dengan kekayaan khazanah biodeversitinya, malah turut terdapat
kepelbagaian adat resam dan budaya yang amat unik dan mempersonakan. Perkara
ini jelas kelihatan menerusi khazanah kesenian tradisional Pahang yang begitu
mengasyikkan. Di antara jenis persembahan tradisional yang tergolong dalam
kumpulan kesenian Pahang adalah seperti Gendang Pahang.
Gendang Pahang merupakan seni tradisi yang mendapat
pengaruh Islam yang mendalam. Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba
Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai
lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan
dengan rentak pembukaan dan diakhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di
samping rentak-rentak yang lain.
Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan
adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai.
Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang
Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat
dalam cabang kesenian ini.
Nota : Info lanjut sila hubungi
Persatuan
Gendang Silat,
Warisan Kuatan, 1942 B (F),
Kuarters Jurutera Jkr Kuantan,
Batu 6, Jalan Gambang,
Kuantan, Pahang
Telefon 017-920 7988 (Encik Nor Azman Bin Saili).
|
PEKAN - MUZIK
GAMELAN
Perkataan gamelan berasal daripada perkataan Jawa iaitu
'gamel' yang bermaksud memukul/tukul. Gamelan Pahang diperkenalkan di Pahang
ketika pemerintahan Sultan Muadzam Shah.
Kesenian muzik gamelan Melayu sememangnya sudah tidak
asing lagi di kalangan masyarakat di negara ini sejak zaman-berzaman. Seni
muzik itu dikatakan lahir di Jawa, Indonesia di mana sumber sejarah menyatakan
bahawa gamelan Melayu mula bertapak di Istana Pahang pada kurun ke-19.
Sepanjang perkembangan gamelan di Tanah Melayu, lebih 60
buah lagu telah dicipta tetapi apa yang mendukacitakan, hampir separuh daripada
lagu-lagu tersebut dikatakan lenyap begitu sahaja.
Muzik gamelan biasanya dimainkan pada majlis rasmi atau
kasual di istana terutama Joget Pahang. Pemuzik gamelan membabitkan sembilan
lelaki dan enam penari wanita. Alatan muzik yang digunakan ialah gong agong,
gong sawokan, gendang ibu, gendang anak, saron pekin, saron baron I dan saron
baron II, gambang serta kenong.
Namun daripada 30 buah lagu yang masih tinggal, hanya 12
lagu sahaja yang selalu dimainkan sehinggalah kini di mana keadaan itu dilihat
sebagai cukup membimbangkan.
Ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’, irama gamelan masih
terus berkumandang tetapi ia sekadar mengisi ruang pada majlis-majlis rasmi
sahaja. Gamelan bakal berhadapan dengan kepupusan ditelan arus pemodenan andai
tidak ada usaha untuk mengembalikan kegemilangannya.
Nota : Info lanjut sila hubungi 016-962 3068 (Encik Awang
Kechik Jusoh).
|
TEMERLOH – MUZIK
GENDANG PAHANG
Negeri Pahang Darul Makmur yang terletak di Semenanjung
Malaysia merupakan negeri terbesar dari segi keluasannya. Negeri Pahang bukan
sahaja terkenal dengan kekayaan khazanah biodiversitinya, malah turut terdapat
kepelbagaian adat resam dan budaya yang amat unik dan mempersonakan. Perkara
ini jelas kelihatan menerusi khazanah kesenian tradisional Pahang yang begitu
mengasyikkan. Di antara jenis persembahan tradisional yang sekaligus tergolong
dalam kumpulan kesenian Pahang adalah seperti Gendang Pahang.
Gendang Pahang merupakan seni tradisi yang mendapat
pengaruh Islam yang mendalam. Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba
Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai
lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan
dengan rentak pembukaan dan diakhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di
samping rentak-rentak yang lain.
Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan
adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai.
Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang
Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat
dalam cabang kesenian ini.
Nota : Info lanjut sila hubungi 012-929 6620 (Encik
Dollah Bin Mamat @ Pak Lah).
|
KOMPANG
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling
popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir
ini kulitnya juga diperbuat daripada kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit pada
bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan
kompang bagi menguatkan lagi paluan kompang. Kini, gelung plastik turut
digunakan.
Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada
kulit) dipanggil belulang manakala bahagian badan (bingkai kayu) dipanggil
baluh. Di antara belulang dan baluh inilah seurat rotan atau juga dipanggil
sedak diletakkan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai
dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh
pedagang India Muslim atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang lazimnya berukuran enam belas inci ukur lilit dan
ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek
dan dimainkan dengan memegang menggunakan sebelah tangan sementara dipalu
dengan sebelah tangan yang lain.
Nota : Info lanjut sila hubungi 012-929 6620 (Encik
Dollah Bin Mamat @ Pak Lah).
|
No comments:
Post a Comment