KOTA BHARU - TARI
TARIAN ASYIK
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian klasik dari daerah
di Kelantan. Tarian ini ditarikan di istana raja-raja Kelantan dan Patani.
Wujudnya Tarian Asyik ini dari kisah seorang raja yang memelihara seekor
burung. Burung kesayangan beliau telah terlepas dan setelah sekian lama
menunggu burung kesayangan tidak kembali lalu beliau memerintah agar mencipta
gerak tari seakan menyerupai gerak-geri burung kesayangan beliau.
Pada kebiasaannya, tarian ini dipersembahkan di hadapan
raja dan permaisuri yang berpakaian berkembang dengan tali pinggang dan mahkota
kecil. Manakala, komponan utama tarian ini terdiri daripada duduk bersimpuh
dengan pergerakan membayangkan seekor burung, ombak laut, gajah beranak di
persekitarannya. Namun kini, tarian ini sedikit berubah di mana komponen tarian
telah berubah daripada duduk kepada sedikit bangun dan berpakaian penuh bertutup.
Nota : Info lanjut sila hubungi :
Puan Ruhani Binti Mohd Zin
Kumpulan Warisan Sari
864 U , Jln. Padang Penjara
Cabang 3 Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu . Kelantan
TELEFON : 019-937 9523
Encik Mohd Zamani bin Md. Zin
Petubuhan Jalinan Anak Seni (JASTERA)
Hadapan Masjid Lundang Jln Sek.Keb. Lundang
15050 Kota Bharu,Kelantan
TELEFON : 012-9396 263
Encik Muhammad Razali bin Cik Hamid
Kumpulan Jalinan Seni (JASTERA)
Simpang 3, Kampung Kelewet Tanah Merah,
17500 Tanah Merah, Kelantan
TELEFON : 014-5457203
|
TARIAN SI KERA PUTIH (HANUMAN)
Tarian Si Kera Putih merupakan cebisan daripada Epik
Ramayana penceritaan Makyung dan Wayang Kulit . Sita Dewi melahirkan seorang
anak yang merupakan Si Kera Putih. Si Kera Putih ini merupakan penjaga dan
pelindung kepada ibunya Sita Dewi. Manakala, tarian Si Kera Putih diciptakan
daripada ketangkasan dan perwatakannya. Sifat tarinya sedikit berbeza daripada
tarian-tarian lain kerana tarian Si Kera Putih lebih agresif.
Nota : Info lanjut sila hubungi :
Puan Ruhani Binti Mohd Zin
Kumpulan Warisan Sari
864 U , Jln. Padang Penjara
Cabang 3 Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu . Kelantan
TELEFON : 019-9379523
Persatuan Anak Seni Ucuk Tara Kelantan ( KASUT)
5517,Jln Kebun Sultan,
15350 Kota Bharu, Kelantan
|
TARIAN WAU BULAN
Tarian Wau Bulan merupakan sejenis tarian yang diadaptasi
daripada permainan wau bulan tradisi masyarakat Melayu Kelantan. Tarian ini
mengisahkan anak muda bermain wau di musim menuai padi. Kemeriahan tarian ini digambarkan
dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan
perempuan.
Nota : Info lanjut sila hubungi :
Puan Ruhani Binti Mohd Zin
Kumpulan Warisan Sari
864 U , Jln. Padang Penjara
Cabang 3 Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu . Kelantan
TELEFON : 019-937 9523
Encik Mohd Zamani bin Md. Zin
Petubuhan Jalinan Anak Seni (JASTERA)
Hadapan Masjid Lundang Jln Sek.Keb. Lundang
15050 Kota Bharu,Kelantan
TELEFON : 012-9396 263
|
PASIR MAS - TARI
TARI INAI
Tari Inai merupakan sejenis tarian Melayu tradisional
istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ia
dipersembahkan kepada kanak-kanak semasa mereka hendak dikhatankan dan juga
semasa majlis perkahwinan. Tarian ini popular di Kelantan. Tarian ini mempunyai
adat istiadat dan memiliki pergerakan jari dan tangan yang rumit dalam
pergerakan tari bulatan yang berterusan. Ia juga mempunyai gabungan pergerakan
tarian yang terdapat dalam Makyung, silat dan kedudukan akrobatik. Tarian inai
disampaikan dalam bentuk tarian gerakan yang istimewa iaitu memperlihatkan
keupayaan seseorang untuk meliuk badan ke belakang dengan mengimbangi badan,
mengambil wang kertas dengan menggunakan mulut serta dengan kekuatan kakinya.
Nota : Info lanjut sila hubungi :
Mohd Zukri bin Yusof
Kampung Bechah Tendong,
17030 Pasir Mas, Kelantan
TELEFON : 013-997308
|
TANAH MERAH - TARI
TARIAN ZAPIN SALOR
Tarian zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan
kesenian Arab-Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin
bermaksud gerak kaki daripada perkataan al-Zafin. Tarian zapin bercorak
persembahan atau pertunjukan. Gerak tarinya berasaskan kaki penari-penarinya.
Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai irama tarian.
Zapin Salor berasal dari Parsi dibawa oleh Sheikh
Muhammad dan diketengahkan oleh Tengku Mahmud pada ketika dahulu. Gerak tari
berbeza sedikit dari zapin-zapin di Johor. Zapin ini hanya mempunyai empat
pergerakan seperti siku keluar, Semerah, Gelambang dan Wainab atau dikenali
(Mokwan Jenab). Dahulunya zapin ini tidak begitu popular kerana pergerakan yang
terlalu perlahan. Kini, zapin ini telah mula diminati kerana telah diolah
menjadi lebih tangkas dan ditarikan oleh penari lelaki sahaja.
Nota : Info lanjut sila hubungi :
Muhammad Razali bin Cik Hamid
Simpang 3, Kampung Kelewet Tanah Merah,
17500 Tanah Merah, Kelantan
TELEFON : 014-5457203
|
TUMPAT - TARI
TARIAN RAMBUNG (MENORA)
Tarian Menora berasal dari Thailand dan dicipta oleh
Putera Achittar Kumar yang merupakan anak kepada Puteri Nang Nuan Samli yang
dibuang oleh keluarganya iaitu Raja Saifafat kerana melahirkan anak tanpa bapa.
Setelah Putera Achittar dewasa beliau belajar menari dan mencipta tariannya
sendiri iaitu Tarian Menora. Peristiwa kehebatan tariannya menyebabkan berita
ini sampai ke istana raja dan membuat persembahan lalu dihadiahkan sepasang
pakaian diraja yang digunakan sebagai pakaian kelengkapan Menora sehingga
sekarang dan lahirnya Tarian Rambung diambil dari kisah penceritaan di dalam
Menora.
Nota : Info lanjut sila hubungi :
Puan Ang Poon a/p Eswak
Lot 861 Kampung Dalam ,16200 Tumpat, Kelantan
TELEFON : 017-9025612
|
No comments:
Post a Comment