Home » Melaka

ALOR GAJAH – MUZIK

DONDANG SAYANG
     
                                                           






Dondang Sayang adalah muzik dan nyanyian tradisional Melayu yang terkenal di negeri Melaka. "Dondang" bermaksud menghiburkan hati atau sama ertinya dengan dendang, sementara "Sayang" pula ertinya kasih. Paduan perkataan "Dondang Sayang" membawa maksud Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih.

Kewujudan Dondang Sayang tidak dapat dipastikan tarikhnya, tetapi lebih awal daripada kewujudan Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15. Di peringkat awal, Dondang Sayang hanya dinyanyikan tanpa susun atur muziknya dan diiringi oleh alat-alat muzik yang dipalu seperti gendang dan tambur. Kedatangan Portugis ke rantau timur dan menakluki Melaka dalam kurun ke-16 adalah titik permulaan alat muzik biola menjadi salah satu daripada alat muzik Dondang Sayang.

Alat muzik yang biasa digunakan dalam sesuatu persembahan Dondang Sayang adalah rebana, gong/ tetawak dan biola. Biola adalah alat paling penting bagi melodikan lagu. Pemuzik Dondang Sayang boleh terdiri daripada empat hingga lima orang iaitu:

Biola – seorang

Rebana – dua buah atau lebih
Gong/Tetawak – satu buah

Seni kata nyanyian Dondang Sayang terdiri daripada bait-bait pantun yang dilagukan dalam lenggok masing-masing bergantung keupayan dan kebolehan masing-masing. Antara gaya nyanyian Dondang Sayang ialah:

• Menggantung lagunya dengan menyingkatkan sebutan perkataan dalam pantun.

• Perkataan ketiga, baris pertama pantun dipanjangkan sebutannya.
• Perkataan keempat baris pertama dipanjangkan sebutannya.
• Meleret-leretkan nyanyian maksud pantun dll.
Pantun-pantun yang disampaikan terdiri daripada pantun berkait atau berikat ataupun pantun kerana sempena atau bertema seperti pantun kasih, budi, harimau,ayam, buah, burung, jenaka dan lain-lain.
Kini Dondang Sayang telah dijadikan salah satu persembahan yang utama dalam majlis-majlis rasmi kerajaan bagi memastikan kelangsungan warisan seni yang menjadi tarikan dan keunikan seni budaya negeri Melaka ini.
Nota : Sebarang pertanyaan, sila hubungi KUMPULAN DONDANG SAYANG SINAR HARAPAN TEBONG, BATU 23 ½, JALAN SEK. KEB. TEBONG, 76460 ALOR GAJAH, MELAKA atau telefon 012- 6219385 (Tuan Haji Makran bin Itam)                                                                


Home » Melaka  

KOMPANG EZHAR
        
                                                         







Nama kesenian ini pada mulanya dikenali dengan panggilan "ES’HA" iaitu singkatan bagi perkataan Setia Hati & Suci Hati (S.H) yang disebut dalam bahasa Indonesia.

Kompang Ezhar ini merupakan cabang kesenian yang bermula daripada kesenian silat daripada Pulau Bentan Sumatra Indonesia, Seni silat ini telah dibawa ke Singapura oleh Pak Guru Kang Munaji bin Muhammad dan telah dikembangkan oleh anak muridnya Pak Guru Kang Jasman bin Abdul Rahman. Setelah tamat mempelajari seni silat anak-anak murid Pak Guru Kang Jasman telah sepakat untuk menubuhkan satu lagi cabang seni iaitu kesenian kompang. Daripada itu wujudlah Kompang Ezhar pada ketika itu.
Daripada Singapura, kesenian ini telah dibawa ke Melaka oleh Pak Guru Hj Ramli bin Hj Dawam di Kg Duyung. Dari Melaka beliau telah mengembangkan pula ke Kg Cendana Kuala Lumpur. Bermula daripada sini kesenian Kompang Ezhar telah berkembang ke Selangor dan seterusnya ke seluruh pelusuk Malaysia yang telah dikenali sehingga ke hari ini.
Zikir-zikir Ezhar kebanyakannya dipetik daripada Kitab Diwanul Hadrah dan rentak pukulan Kompang Ezhar adalah daripada gabungan pukulan-pukulan kompang yang terdapat di Singapura pada ketika itu.
Nota : Maklumat lanjut, sila hubungi PERSATUAN KOMPANG EZHAR TAMAN GARUDA, DT 1494, JALAN GARUDA 1, TAMAN GARUDA, JALAN GANGSA, DURIAN TUNGGAL, 76100 ALOR GAJAH MELAKA.                                                                  


Home » Melaka

NAZAM
         
                                       






Nazam di Melaka bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam pada ketika itu yang diamalkan oleh para ulama untuk berdakwah di Melaka. Ia juga digunakan oleh para pedagang untuk memahami budaya masyarakat orang Islam pada ketika itu.

Di Melaka, Nazam terbahagi kepada dua lagu iaitu Serkam dan Tanjung. Perbezaan antara kedua-dua Nazam ini boleh dilihat daripada segi cara penyampaian. Contoh lagu adalah seperti berikut :

i) Lagu Serkam =

Ayat: Aku Mula kitab Ini Dengan Berkat (berhenti nafas + nafas baru )

Nama Allah yang memberi limpah rahmat

ii) Lagu Tanjung =

Ayat: Aku Mula kitab Ini Dengan Berkat Nama Allah yang memberi limpah rahmat (nafas tidak berhenti sebaliknya diteruskan.) Disamping itu, nazam di Melaka juga menetapkan awal nazam dengan bacaan berikut:

Allah Allah Azza Wajal tuhan kami, ampun akan dosa kami…(ayat ini juga ditetapkan sebagai korus utama yang harus diulang selepas solo.
Dalam unsur nazam kontemporari masa kini, persembahan nazam diiringi dengan alat-alat muzik seperti gedombak, sitar, gambus, tabla, kompang, rebana, gong, tamborin dan alat-alat yang lain bersesuaian dengan irama muzik berunsurkan keislaman.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi KUMPULAN NAZAM KG PULAU, KM 17, KG PULAU DURIAN TUNGGAL, 76100 MELAKA atau telefon 06-5531319/016-6196771 (Puan Raziah binti Hashim)
                                                                                     


Home » Melaka

 MUZIK ASLI
          
                                       






Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini. Istimewanya adalah pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik Nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain.

Muzik Asli tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik Asli mempunyai latar belakang yang menarik, peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu. Muzik Asli tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-penggemar genre muzik ini yang memperjuangkannya.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi KUMPULAN MUZIK ASLI SINAR HARAPAN TEBONG, BATU 23 ½, JALAN SEK. KEB. TEBONG, 76460 ALOR GAJAH, MELAKA atau telefon 012- 6219385 (Tuan Haji Makran bin Itam)                                                                                    



Home » Melaka


JASIN – MUZIK

DONDANG SAYANG
          
                                                






Dondang Sayang adalah muzik dan nyanyian tradisional Melayu yang terkenal di negeri Melaka. "Dondang" bermaksud menghiburkan hati atau sama ertinya dengan dendang, sementara "Sayang" pula ertinya kasih. Paduan perkataan "Dondang Sayang" membawa maksud Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih.

Kewujudan Dondang Sayang tidak dapat dipastikan tarikhnya, tetapi lebih awal daripada kewujudan Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15. Di peringkat awal, Dondang Sayang hanya dinyanyikan tanpa susun atur muziknya dan diiringi oleh alat-alat muzik yang dipalu seperti gendang dan tambur. Kedatangan Portugis ke rantau timur dan menakluki Melaka dalam kurun ke-16 adalah titik permulaan alat muzik biola menjadi salah satu daripada alat muzik Dondang Sayang.

Alat muzik yang biasa digunakan dalam sesuatu persembahan Dondang Sayang adalah rebana, gong/ tetawak dan biola. Biola adalah alat paling penting bagi melodikan lagu. Pemuzik Dondang Sayang boleh terdiri daripada empat hingga lima orang iaitu:

Biola – seorang

Rebana – dua buah atau lebih
Gong/Tetawak –satu buah
Seni kata nyanyian Dondang Sayang terdiri daripada bait-bait pantun yang dilagukan dalam lenggok masing-masing bergantung keupayan dan kebolehan masing-masing. Antara gaya nyanyian Dondang Sayang ialah:
• Menggantung lagunya dengan menyingkatkan sebutan perkataan dalam pantun.
• Perkataan ketiga, baris pertama pantun dipanjangkan sebutannya.
• Perkataan keempat baris pertama dipanjangkan sebutannya.
• Meleret-leretkan nyanyian maksud pantun dll.

Pantun-pantun yang disampaikan terdiri daripada pantun berkait atau berikat ataupun pantun kerana sempena atau bertema seperti pantun kasih, budi, harimau,ayam, buah, burung, jenaka dan lain-lain

Kini Dondang Sayang telah dijadikan salah satu persembahan yang utama dalam majlis-majlis rasmi kerajaan bagi memastikan kelangsungan warisan seni yang menjadi tarikan dan keunikan seni budaya negeri Melaka ini.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi Kumpulan Dondang Sayang Seri Nawar, Km 26, Jalan Dato’ Nawar, Kg Air Tawar, Merlimau, 77300 Melaka atau telefon 013-3940311 (Tuan Haji Azman Bin Abdul).                                                                           


Home » Melaka

MUZIK ASLI
       
                                               






Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini. Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik Nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain.

Muzik Asli tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik Asli mempunyai latar belakang yang menarik, peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu. Muzik Asli tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-penggemar genre muzik ini yang memperjuangkannya.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi Kumpulan Muzik Asli Seri Nawar, KM 26, Jalan Dato’ Nawar, Kg Air Tawar, Merlimau, 77300 Melaka atau telefon 013-3940311 (Tuan Haji Azman Bin Abdul).                                                                            


Home » Melaka

REJANG
         
                                                          







Rejang adalah sejenis puisi Melayu lama yang terbahagi kepada dua jenis iaitu Rejang Melayu dan Rejang Cina Peranakan. Melalui satu kajian yang pernah dibuat, Rejang yang asal adalah daripada Rejang Melayu yang mengandungi mesej yang berunsurkan keislaman, manakala Rejang Cina Peranakan merupakan ikut-ikutan sahaja dan berunsurkan percintaan dan kasih sayang.

Menurut Kamus Dewan Bahasa, Rejang bermaksud baik buruk hari dengan menggunakan nama binatang dan nama benda. Namun begitu nama binatang dan nama benda ini hanyalah sebagai satu pembayang maksud semata-mata.
Dari segi melodi, kesenian Rejang Melayu merupakan Rejang yang asal berunsurkan melodi Arab yang selalunya mempunyai burdah atau lenggok lagunya yang tersendiri.
Kesenian Rejang Melayu mempunyai 30 rangkap yang menceritakan tentang perjalanan kehidupan manusia di dunia dari mula hidup hinga ke akhir hayat. Lirik Rejang Melayu juga mengingatkan manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan apa yang dilarang. Sehinga kini kesenian ini makin dilupakan dan agak sukar untuk mendapatkan pelapis yang masih mewarisi sehingga ke hari ini.
Nota : Maklumat lanjut, sila hubungi:

Nama: Tuan Haji Mohamand Bin Chim

No. Telefon: 06-529 5134

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka

Kompleks JKKN Melaka,

Lebuh Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Tel: 03 - 233 1790/ 233 1787                                                                 


Home » Melaka

NAZAM ARAB
          
                                                                                               








Nazam merupakan sebuah puisi klasik Melayu pengaruh Arab. Pada zaman dahulu, pedagang -pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu Arab dan Parsi telah datang ke Melaka untuk berdagang. Selain berniaga. mereka juga mengajar agama Islam kepada penduduk tempatan. Selain kitab suci AI-Quran, kitab-kitab Hadis, Kitab Tauhid, Fekah, Tasauf dan Tajwid juga diperkenalkan. Selain itu, mereka juga memperkenalkan Kitab Berzanji yang di dalamnya mengandungi pelbagai puisi Arab seperti Ratib, Berzanji, Syair, Burdah, Qasidah, Nasyid, Thamsil, Rubai, Kithah, Masnawi, Marhaban, Ghazal, Bayt dan Nazam.

Nazam berasal daripada perkataan Arab dan tergolong dalam puisi Melayu tradisional. Nazam mempunyai struktur dan ciri-ciri irama lagu yang tersendiri. Biasanya Nazam terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap. Setiap barisnya juga terikat, iaitu mempunyai sekitar dua belas suku kata dan dibaca atau dinyanyikan dengan lagunya yang tersendiri.
Nazam Arab tiada banyak bezanya dengan Nazam Melayu. Seperti juga Nazam Melayu, Nazam Arab juga biasanya bertemakan keagamaan seperti memuji kebesaran Allah, menceritakan syurga dan neraka, amal ibadat, nabi, malaikat, dan kadangkala berbentuk nasihat, menuntut ilmu, akhlak dan sebagainya. Nazam dilagukan dalam majlis keagamaan di masjid, sekolah, rumah, dan sebagainya.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi Kumpulan Nazam Al-Bahit, Km 32, Jalan Haji Raya, Kg Parit Putat, 77400 Sungai Rambai Melaka atau telefon 012-6086765 (Encik Naufal Bin Ahmad Bajuri).                            




Home » Melaka


MELAKA TENGAH – MUZIK

DONDANG SAYANG
          
                                     






Dondang Sayang adalah muzik dan nyanyian tradisional Melayu yang terkenal di negeri Melaka. "Dondang" bermaksud menghiburkan hati atau sama ertinya dengan dendang, sementara "Sayang" pula ertinya kasih. Paduan perkataan "Dondang Sayang" membawa maksud Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih.

Kewujudan Dondang Sayang tidak dapat dipastikan tarikhnya, tetapi lebih awal daripada kewujudan Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15. Di peringkat awal, Dondang Sayang hanya dinyanyikan tanpa susun atur muziknya dan diiringi oleh alat-alat muzik yang dipalu seperti gendang dan tambur. Kedatangan Portugis ke rantau timur dan menakluki Melaka dalam kurun ke-16 adalah titik permulaan alat muzik biola menjadi salah satu daripada alat muzik Dondang Sayang.

Alat muzik yang biasa digunakan dalam sesuatu persembahan Dondang Sayang adalah rebana, gong/ tetawak dan biola. Biola adalah alat paling penting bagi melodikan lagu. Pemuzik Dondang Sayang boleh terdiri daripada empat hingga lima orang iaitu:

Biola – seorang

Rebana – dua buah atau lebih
Gong/Tetawak – satu buah
Seni kata nyanyian Dondang Sayang terdiri daripada bait-bait pantun yang dilagukan dalam lenggok masing-masing bergantung keupayan dan kebolehan masing-masing. Antara gaya nyanyian Dondang Sayang ialah:
• Menggantung lagunya dengan menyingkatkan sebutan perkataan dalam pantun.

• Perkataan ketiga, baris pertama pantun dipanjangkan sebutannya.

• Perkataan keempat baris pertama dipanjangkan sebutannya.

• Meleret-leretkan nyanyian maksud pantun dll.
Pantun-pantun yang disampaikan terdiri daripada pantun berkait atau berikat ataupun pantun kerana sempena atau bertema seperti pantun kasih, budi, harimau,ayam, buah, burung, jenaka dan lain-lain
Kini Dondang Sayang telah dijadikan salah satu persembahan yang utama dalam majlis-majlis rasmi kerajaan bagi memastikan kelangsungan warisan seni yang menjadi tarikan dan keunikan seni budaya negeri Melaka ini.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :

Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka,

Lot 941, Jalan Setulang Daeng,

Pulau Gadong, 75200 Melaka
Telefon: (Tuan Haji Abdul Aziz Bin Othman)

Kumpulan Dondang Sayang Sri Melaka,

Melaka

Telefon: 012-6183617 (Tuan Haji Abu Bakar Bin Hj Ali)

Kumpulan Dondang Sayang Hiasan Budaya,

Batu 10 ½, Kg Paya Rumput, Tangga Batu,

76360 Sg Udang, Melaka
Telefon: 017- 2450138 (Encik Abas Bin Katan)

Kumpulan Dondang Sayang Kenangan Mawar Biru,

Batu 10, Kg Bertam Ulu,

Alor , 76450 Melaka.
Telefon: 012-3911649 (Encik Baharim Bin Mohd Sharip)

Kumpulan Dondang Sayang Sri Klebang,

Batu 3 ¾, Kg Tengah, Klebang Besar,

Melaka
Telefon: 06- 3154467 (Encik Kasim Bin Lebar)

Kumpulan Dondang Sayang Warisan Remaja,

Melaka

Telefon: 017-6361086 (Encik Mohd Zuri Noriman Bin Mohd Noh)

Kumpulan Dondang Sayang Dendang Irama,

No 14, Jalan 6,

Taman Sri Duyung,
75460 Melaka.
Telefon: 06- 2681195 (Encik Idriss Bin Hj Mohd Shariff)                                                                                      


Home » Melaka

KOMPANG EZHAR
         
                                                         







Nama kesenian ini pada mulanya dikenali dengan panggilan "ES’HA" iaitu singkatan bagi perkataan Setia Hati & Suci Hati (S.H) yang disebut dalam bahasa Indonesia.

Kompang Ezhar ini merupakan cabang kesenian yang bermula daripada kesenian silat daripada Pulau Bentan Sumatera Indonesia. Seni silat ini telah dibawa ke Singapura oleh Pak Guru Kang Munaji bin Muhammad dan telah dikembangkan oleh anak muridnya Pak Guru Kang Jasman bin Abdul Rahman. Setelah tamat mempelajari seni silat anak-anak murid Pak Guru Kang Jasman telah sepakat untuk menubuhkan satu lagi cabang seni iaitu kesenian kompang. Daripada itu wujudlah kompang Ezhar pada ketika itu.
Daripada Singapura, kesenian ini telah dibawa ke Melaka oleh Pak Guru Hj Ramli bin Hj Dawam di Kg Duyung. Dari Melaka beliau telah mengembangkan pula ke Kg Cendana Kuala Lumpur. Bermula daripada sini kesenian Kompang Ezhar telah berkembang ke Selangor dan seterusnya ke seluruh pelusuk Malaysia yang telah dikenali sehingga ke hari ini.
Zikir-zikir Ezhar kebanyakannya dipetik daripada Kitab Diwanul Hadrah dan rentak pukulan Kompang Ezhar adalah daripada gabungan pukulan-pukulan kompang yang terdapat di Singapura pada ketika itu.
Nota info sila hubungi :

Kelab Kompang Ezhar Taman Rambai Utama, Melaka Tengah, Melaka,

No.26, Jalan Ru 3,

Taman Rambai Utama, Bukit Rambai,
75250 Melaka

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka

Kompleks JKKN Melaka,

Lebuh Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Tel: 03 - 233 1790/ 233 1787

Persatuan Kompang Taman Krubong Permai,

No.56, Jalan KP 10,

Taman Krubong Permai,
Krubong, 75250 Melaka

Persatuan Kompang Ezhar Negeri Melaka,

7226-C, Batu 3, Jalan Semabok,

75050 Melaka.

Persatuan Seni Kompang Ezhar Zon Melaka Tengah, Melaka,

No.27A, Jalan Durian Daun Dalam, Durian Daun, 75400 Melaka

Persatuan Kompang Negeri Melaka,

No.18, Jalan SD 2/11,
Taman Seri Duyong Seksyen 2, 75460 Melaka                                                                  


Home » Melaka 

MUZIK ASLI

                                                                  






Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini. Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik Nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain.

Muzik Asli tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik Asli mempunyai latar belakang yang menarik, peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu. Muzik Asli tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-penggemar genre muzik ini yang memperjuangkannya.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :

Kumpulan Muzik Asli Sri Melaka,

Melaka

Telefon: 012-6183617 (Tuan Hj Abu Bakar Bin Hj Ali)

Kumpulan Muzik Asli Hiasan Budaya

Batu 10 ½ Kg Paya Rumput,

Tangga Batu,
76360 Sg Udang
Melaka
Telefon: 017-2450138 (Encik Abas Bin Katan)

Kumpulan Muzik Asli Kenangan Mawar Biru

Batu 10, Kg Bertam Ulu,

Alor, 76450 Melaka
Telefon: 012-3911649 (Encik Mohd Baharim Bin Mohd Sharip)

Kumpulan Muzik Asli Sri Klebang, Batu 3 ¾ Kg Tengah,

Klebang Besar, Melaka

Telefon: 06-3154467 (Encik Kasim Bin Lebar)

Kumpulan Muzik Asli Warisan Remaja,

Taman Bukit Cheng, Melaka

Telefon: 017-6361086 (Encik Mohd Zuri Noriman Bin Mohd Noh)

Kumpulan Muzik Asli Dendang Irama,

No.14, Jalan 6, Taman Sri Duyung,

75460 Melaka
Telefon: 06-2681195 (Encik Idris Bin Hj Mohd Shariff)                                                        


Home » Melaka

NAZAM
         
                                                         







Nazam di Melaka bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam pada ketika itu yang diamalkan oleh para ulama untuk berdakwah di Melaka. Ia juga digunakan oleh para pedagang untuk memahami budaya masyarakat orang Islam pada ketika itu.

Di Melaka, Nazam terbahagi kepada dua lagu iaitu Serkam dan Tanjung. Perbezaan antara kedua-dua lagu ini adalah dari segi penyampaian. Contohnya :

i) Lagu Serkam =

Ayat: Aku Mula kitab Ini Dengan Berkat (berhenti nafas + nafas baru )

Nama Allah yang memberi limpah rahmat

ii) Lagu Tanjung =

Ayat: Aku Mula kitab Ini Dengan Berkat Nama Allah yang memberi limpah rahmat (nafas tidak berhenti sebaliknya diteruskan). Disamping itu, nazam di Melaka juga menetapkan awal nazam dengan bacaan berikut: Allah Allah Azza Wajal tuhan kami, ampun akan dosa kami…(ayat ini juga ditetapkan sebagai korus utama yang harus diulang selepas solo). Dalam unsur nazam kontemporari masa kini, persembahan nazam diiringi dengan alat-alat muzik seperti gedombak, sitar, gambus, tabla, kompang, rebana, gong, tamborin dan alat-alat yang lain bersesuaian dengan irama muzik berunsurkan keislaman.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :

Kumpulan Nazam Srikandi,

No.1532, Km 10.5,

Pekan Tg Keling Pos, 76400 Melaka.
Telefon: 06-3511848 /012-6843020 (Hjh Ramelah Binti Baba)

Kumpulan Nazam Nurul Hikmah.

Telefon: 013-6306670 (Hjh Rohaya)

Kumpulan Nazam Ujong Pasir,

8270-C, Ujong Pasir,

75050 Melaka.
Telefon: 016-3766111 (Puan Norazlina Bt Sanny)

Kumpulan Nazam Taman Nirwana,

Batu 4 ¼ Jalan Orkid,

Klebang Balik Buluh,
75200 Melaka.
Puan Hamidah Binti Geran

Kumpulan Nazam Kg Kandang,

Km 8, Kg Kandang,

75460 Melaka.
Telefon: 017-3147970 (Hjh Maznah Binti Abu)

Kumpulan Nazam Kg Bukit Pulau,

Solok Bukit Pulau,

Bukit Baru,
75150 Melaka.
Telefon: 06-2882623 (Puan Haneepah Bt Kassim)

Kumpulan Nazam Ayer Salak,

467-14, Bt 7, Kg Tengah, Bukit Rambai, 75250 Melaka.

Telefon: 012-6545827 (Puan Sheonorifah Bt Borhan)

Kumpulan Nazam Batu Berendam,

No 44, Jalan Tembusu 4,

Taman Merdeka, Batu Berendam,
75350 Melaka.
Telefon: 06-3171742/012-3841015 (Puan Hindon Bin Jaafar)

Kumpulan Nazam Kg Bachang, Melaka.

Telefon: 013-6130478 (Hjh Atekah Binti Md Yasin)

Kumpulan Nazam Pantai Puteri,

Batu 8 ½, Pantai Rombang,

76400 Tg Kling Melaka.
Hjh Jariah Binti Jalil                                                                  


Home » Melaka

KERONCONG

                                                                                                            








Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Ia mulai diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak dan sebagainya.
Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia II, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad.
Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi Persatuan Peranakan Cina Melaka, (Kumpulan Keroncong Melodian), 151, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka atau telefon 06- 2837215 / 016-3928068 (Encik Yeo Boon Hoe).               


Home » Melaka

REBANA KERAS
          
                                                                                               








Rebana ialah alat muzik tradisi Melayu jenis gendangan yang tergolong dalam kategori membranofon (membranophone). Alat muzik ini mempunyai kerangka yang bulat diperbuat daripada kayu dan sebelah mukanya ditutupi oleh kulit binatang. Rebana berbunyi lantang dan biasanya digunakan untuk mengiringi persembahan tarian dan nyanyian Melayu tradisi ataupun sesuatu acara perarakan. Terdapat pelbagai jenis dan nama rebana mengikut kegunaan masing-masing, antaranya Rebana Dikir Barat , Rebana Kercing & Rebana Riba ( Kelantan), Rebana Dabus (Perak) dan Rebana Tar (Terengganu)

Di Melaka ianya dipanggil Rebana Keras, biasanya persembahan Rebana Keras digunakan untuk mengiringi perarakan ataupun untuk sesuatu acara sambutan.
Persembahan Rebana Keras di Melaka menggunakan dikir puji-pujian dan ada juga yang diubah suai mengikut keperluan sesuatu majlis . Bersesuaian dengan maksud perkataan Rebana yang dikatakan mungkin berasal daripada perkataan Arab “Rabbana" yang bererti “Tuhan Kami” bersesuaian dengan kata-kata dalam dikir tersebut yang kebanyakannya memuji Tuhan.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :

Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Melaka,

No. 124-1, Kg Bahagia, Klebang Besar, 75200 Melaka

Telefon: 06- 3344794 / 016-6870247 (Encik Rahmat Bin Arshad/Encik Ahmad Yusof Bin Rahmat)

Persatuan Rebana Keras Warisan Zaman,

3535, Kg Bukit Darat, Tg Kling, 76400 Melaka.
Telefon: 019-6572656 (Tuan Hj Abdul Razak Bin Omar)                            


Home » Melaka 

KOMPANG KELALANG
          
                                      






Kompang Kelalang merupakan salah satu kesenian identiti negeri Melaka. Berdasarkan maklumat yang diberikan, Kompang Kelalang telah diasaskan sekitar tahun 1914 oleh Tuan Hj Alwi dan telah diwarisi dari satu generasi ke satu generasi sehingga ke hari ini.

Kompang Kelalang mempunyai sedikit perbezaan dengan Kompang Ezhar iaitu daripada segi pukulan dan juga zikir. Kompang Kelalang mempunyai lima jenis pukulan iaitu pukulan teng-teng, melalu, melingkah, menganak dan mengencak. Manakala daripada segi zikir pula Kompang Kelalang menggunakan zikir bahasa Arab. Setiap zikir mempunyai fungsi dan kegunaan masing-masing yang mana zikir siang dan zikir malam . Setiap satu zikir mempunyai urutan (ada soalan dan jawapan) masing-masing. Antara zikir-zikir yang biasa dimainkan ialah zam-zam, Ya Rabb, Yaman, dan sebagainya.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :

Kumpulan Kompang Kelalang Telok Mas,

Kg. Telok Mas, 76400 Melaka.

Telefon: 017-6321797 (Encik Sazali Bin Sani)

Persatuan Kompang Kelalang Warisan, Taman Krubong Jaya,

Taman Krubong Jaya II,

No.26, Jalan Kj 64,
Taman Krubong Jaya 11,
75250 Melaka

Persatuan Kompang Kelalang Kg Paya Rumput Jaya Hilir,

Kampung Paya Rumput Jaya Hilir, Sungai Udang Melaka,

KM 16, Kg. Paya Rumput Jaya Hilir,Sungai Udang, 76300 Melaka                                                                                     


Home » Melaka

JIDURAN
       
                                                         







Jidur merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga “ membranofon” yang diperbuat daripada batang kelapa yang berongga dan mempunyai bingkai kayu serta bertutup dengan belulang pada bukaan besar. Jidur boleh dimainkan secara duduk dan juga berdiri. Jidur dimainkan dengan memalu dengan menggunakan dua batang pemalu.

Pada kebiasaannya Jidur digunakan untuk mengiringi persembahan kompang mahupun muzik tradisional . Penggunaan alat muzik ini sangat sinonim dengan masyarakat Jawa di Johor, Selangor dan di Melaka.
Di Melaka, jiduran biasanya digunakan dalam persembahan kompang terutamanya semasa mengiringi sesuatu acara sambutan atau majlis perkahwinan.
Nota : Sebarang maklumat sila hubungi Persatuan Kesenian Jidoran Paya Dalam Melaka, No.12, Jalan Spd 2, Taman Seri Paya Dalam, 75460 Melaka atau telefon 013-2047172 (Encik Darmawan Bin Shamsudin).                                                                  


Home » Melaka

NOBAT NAFIRI
          
                                     






Nobat berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘naubah” yang bermaksud gabungan sembilan (9) jenis alat muzik . Alat-alat muzik nobat terdiri daripada nafiri, serunai, gendang besar, gendang nobat besar dan gendang nobat kecil. Muzik Nobat menjadi muzik iringan khas bagi sesuatu adat istiadat rasmi diraja yang dipersembahkan atas perkenan raja. Orkestra nobat ini dimainkan pemain dari satu keturunan khas sahaja. Ianya digunakan dalam upacara-upacara rasmi diraja seperti perkahwinan, kelahiran, pertabalan, keberangkatan dan kemangkatan sultan.


Nota Info Sila Hubungi:

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka

Kompleks JKKN Melaka,
Lebuh Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Tel: 03 - 233 1790/ 233 1787
013-6229757 (Encik Khairul Anuar Bin Abu Bakar).                                                                                      


Home » Melaka

GENDANG 24 MUSIM
          
                                                          







Ensembel Gendang 24 Musim ini terdiri daripada 24 buah gendang besar yang daripada negara China. Ensembel ini dinamakan Gendang 24 Musim kerana setiap gendang besar ini dinamakan berasaskan satu musim pertanian di negara China yang ditulis pada setiap gendang tersebut dengan kaligrafi China.

Dalam Kalendar Cina, setiap musim besar (musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin) dibahagikan kepada enam musim kecil. Oleh itu, dalam satu tahun kalendar Cina terdapat 24 musim kecil. Musim kecil ini ada kaitan dengan jadual pekerjaan petani yang mana kaum petani akan tahu masa mereka patut membajak, menyemai, menuai dan aktiviti pertanian lain. Koreografi pergerakan pemuzik juga mengikut aksi aktiviti-aktiviti pertanian dan mempamerkan suasana meriah.
Alat muzik gendang yang digunakan ialah gendang shingu (drum tarian singa) dan terdapat juga gendang longgu. Kedua-dua gendang ini hampir sama iaitu gendang besar yang berbentuk tong dan mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.
Nota Maklumat lanjut sila hubungi:
Puan Hong Chew Ling di talian 06-2823431/012-2643963.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka

Kompleks JKKN Melaka,

Lebuh Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Tel: 03 - 233 1790/ 233 1787                                                                 


Home » Melaka

GENDANG SILAT (KABES)
          
                                     






Dalam setiap persembahan silat, biasanya diiringi juga dengan muzik yang dinamakan “gendang silat”. Persembahan gendang silat melibatkan beberapa instrumen seperti serunai, gong, gendang ibu dan gendang anak.

Nota Info lanjut sila hubungi:

Encik Mohd Rizal bin Zainon (012-618 9354) atau

Encik Musnadi bin Benyamin (06-268 2669).

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka

Kompleks JKKN Melaka,

Lebuh Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Tel: 03 - 233 1790/ 233 1787                                                                                      


Home » Melaka

REJANG CINA PERANAKAN

                                                                                                                           

Rejang bermaksud “baik buruk hari dengan menggunakan nama binatang dan nama benda" (Kamus Dewan Bahasa). Ia juga merupakan sejenis puisi Melayu lama yang terbahagi kepada dua jenis iaitu Rejang Melayu dan Rejang Cina Peranakan.

Rejang Cina Peranakan dikatakan ikut-ikutan sahaja daripada Rejang Melayu dan mesej yang disampaikan berunsurkan percintaan dan kasih sayang berbanding Rejang Melayu dikatakan rejang asal yang berunsurkan keislaman.
Kedua-dua puisi rejang ini mempunyai perbezaan dari segi bentuk, bilangan patah perkataan, bilangan suku kata dan juga cara penyampaiannya. Rejang Cina Peranakan lebih mirip kepada pantun berkait dan hanya menggunakan satu nama binatang atau satu nama benda sahaja dalam setiap empat rangkap pantunnya berbanding Rejang Melayu yang mempunyai 5-6 patah perkataan dan suku kata yang lebih banyak iaitu antara 9-16 suku kata.
Cara penyampaian kedua-dua rejang ini juga berbeza yang mana Rejang Cina Peranakan kadangkala disampaikan atau dinyanyikan dalam persembahan Dondang Sayang manakala Rejang Melayu disampaikan dalam bentuk nyanyian berlagu yang unik dan tidak boleh dinyanyikan seperti lenggok lagu asli atau Dondang Sayang.

Contoh Rejang Melayu:

Dua Hari bulan Rejangnya kijang,

Kijang mengantuk di rumpun buluh,
Makan Kaduk ke dalam padi,
Tuntutlah ilmu bersunggung-sungguh
Kita yang hidup akhirnya mati

Contoh Rejang Cina Peranakan:

Sahari bulan rejang kuda,

Kuda hitam pelana kain
Selama bertolan pada adinda,
Niat tidak pada yang lain.

Nota : Maklumat lanjut sila hubungi Badan Kesenian Babah Nyonyah Melaka, No. 9594, Km 11, Bukit Rambai, 75250 Melaka atau telefon 06- 3352815 / 013-2108883 (Encik Koh Kim Bok)

No comments:

Post a Comment