LEDANG – MUZIK
KEMPLINGAN
Kemplingan adalah satu lagi kesenian yang diwarisi dari
masyarakat Jawa oleh rakyat negeri Johor. Ia adalah sejenis permainan gendarang
mengiringi bacaan rawi yang diambil dari berzanji sama ada bacaannya dalam
bahasa Arab (seperti dalam berzanji), bahasa Melayu (terjemahan) atau bahasa
Jawa.
Pada asasnya, peralatan Kemplingan terdiri daripada tiga
jenis alat iaitu sebuah gendang, sebuah jidur dan empat buah kempling yang
berlainan nada. Ada yang menamakannya sebagai kempling, tempong, kempol dan
piong. Namun kini, peralatan sudah bertambah dengan sepasang markas dan sebuah
tambrin hingga menjadikan permainan Kemplingan lebih rancak dan menarik. Rangka
alat kemplingan ini diperbuat daripada pungka (pangkal) batang kelapa, batang
cempedak, leban atau durian mengikut kesesuainnya.
Kawasan yang terdapat kumpulan Kemplingan ini kebanyakan
di daerah Batu Pahat dan Muar. Pemainnya terdiri daripada 10 hingga 20 orang
dan ada juga kumpulan pemainnya mempunyai 23 orang. Selain daripada bermain
alat kemplingan sebahagiannya adalah pembaca rawi atau nazam berzanji.
Masing-masing boleh bergilir-ganti serta permainan itu sering diadakan untuk
memeriahkan majlis keagamaan seperti di majlis kesyukuran, perkahwinan, potong
jambul dan berkhatan. Ia juga berperanan seperti kompang untuk mengiringi
perarakan pengantin.
Nota : Info lanjut sila hubungi
Perkemplingan Parit Kassan,
84800 Bukit Gambir, Ledang,
Darul Takzim atau
telefon 06-976 3908 (R) / 017-699 7512 (Tuan Haji Wahid Mohd Rebin).
|
No comments:
Post a Comment