KOTA BHARU - TEATER
TEATER MAK YONG
Mak Yong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis
tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu
bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan
tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks
percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya
di Terengganu , Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau -
Indonesia.
Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai
cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia
dipentaskan sebagai pementasan diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan
sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa
meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias
cantik.
Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu
"Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap
satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri
pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan di
panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi
panggung, sisi yang keempat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri daripada
pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh
wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa
dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan
pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.
Nota : Info lanjut sila hubungi :
Puan Ruhani binti Mat Zin
Kumpulan Makyong Kijang Emas
d/a Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kompleks JKKN Kelantan
Lot 1993, Seksyen 49, Tanjong Chat
15200 Kota Bharu, Kelantan
TELEFON : 019-937 9523
|
PASIR MAS – TEATER
MAK YONG
Mak Yong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis
tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu
bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan
tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks
percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya
di Terengganu , Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau -
Indonesia.
Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai
cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia
dipentaskan sebagai pementasan diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan
sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa
meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias
cantik.
Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu
"Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap
satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan
tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan di panggung
terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi
panggung, sisi yang keempat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri daripada
pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh
wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa
dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan
pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.
Nota : Info lanjut sila hubungi :
En. Wan Midin bin Wan Majid
Kg. Gabus, Tok Uban,
17000 Pasir Mas, Kelantan
TELEFON : 019-91422496
Mohd Nor bin Jaafar
Kg. Gabus, Tok Uban,
17000 Pasir Mas, Kelantan
TELEFON : 013-9581928
|
TUMPAT – TEATER
WAYANG KULIT
Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang diperbuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.
Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi
Indonesia, Thailand, dan Malaysia, yang terutama berkembang di Phattalung
Wilayah Selatan Thailand, Jawa dan di sebelah timur dan utara Semenanjung
Malaysia seperti di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu.
Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga
menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan
yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para
pesinden.
Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar
yang diperbuat daripada kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu
eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada di sebelah
berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada di kelir. Untuk dapat
memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan
tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar. Wayang kulit lebih popular
di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering
dimainkan di Jawa Barat.
Nota : Info lanjut sila hubungi :
Encik Che Isa Che Omar
Kampung Kebakat, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.
TELEFON : 014-5326189
|
No comments:
Post a Comment