MERSING – TARI
TARIAN ZAPIN PULAU
Zapin Pulau (Mersing) telah dibawa oleh Raden Salleh dari
Sambas, Indonesia yang telah berhijrah ke negeri Pahang. Pada tahun 1962, Raden
Salleh telah bermastautin di Pulau, Mersing dan mendirikan rumah tangga di
Pulau.
Sempena asal Raden Salleh dari Sambas, telah diciptakan
satu gerak yang disebut langkah Sambas dalam Tarian Pulau yang sehingga kini
masih utuh diamalkan. Gerak asal Zapin Pulau berpandukan aktiviti harian dan
pengamatan alam sekitar. Pada mulanya tarian zapin ini hanya ditarikan golongan
lelaki, tetapi pada tahun 1970-an telah ditarikan oleh penari wanita.
Alat muzik yang digunakan oleh Kumpulan Zapin Pulau ini
antara lain ialah gendang (jidur) yang dipukul dengan dua batang rotan, biola,
marwas dan gambus. Menurut Pak Othman, gerak tari Zapin Pulau ini terdiri
daripada langkah lurus, langkah empat, langkah berulang (langkah tak jadi),
langkah basrah, langkah udang, langkah dolmat, langkah serong, langkah Johor
dan langkah sambas.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi
Gugusan Warisan Pulau-Pulau, 146A,
Jalan Abdul Ghani, Kampung Bahagia,
86800 Mersing, Johor Darul Takzim atau
Telefon 012-763 9070 (Encik Othman Mat Hussain @ Pak Su).
|
MUAR – TARI
TARIAN CERACAP INAI
Tarian Ceracap Inai ini merupakan sebuah tarian istana.
Tarian ini berasal dari Istana Raja Melaka. Bermula dari berundurnya Raja
Melaka apabila diserang angkatan tentera Portugis dan Belanda, baginda dan
angkatannya berundur melalui Sungai Muar yang pada ketika itu adalah sempadan
tanah jajahan takluk Melaka lalu bersemayam berhampiran penempatan di pesisiran
Sungai Muar. Tarian ini mempunyai unsur-unsur pengaruh India dan ditarikan di
Istana di hadapan sultan dan pembesar-pembesar negeri di dalam majlis-maljis
keramaian oleh dayang-dayang istana.
Sebab itu, tarian ini ada acara “menyembah”/ampun sebelum
ianya dimulakan. Api yang dinyalakan juga membawa erti menerangi dan membawa
kebahagiaan. Mengikut keterangan ringkas dari arwah Pak Rabu yang meneruskan
tarian ini sejak tahun 1953 yang pada mulanya diasaskan oleh Allahyarham Tuan
Haji Salleh sekitar tahun 1940-an di Kampung Lenga Muar yang kini dikenali
sebagai Kampung Baharu Melayu, Batu 28 Lenga Muar dan kini Tarian Ceracap Inai
ini diteruskan pula oleh Puan Rashidah Binti Rabu, anak kepada arwah Pak Rabu.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi
Kumpulan Ceracap Inai, Kampung Lenga,
Kampung Baharu Melayu,
Batu 28, Lenga, Muar,
Johor Darul Takzim atau
telefon 013-694 1249 (Puan Rashidah Rabu).
|
No comments:
Post a Comment