Home » Kuala Lumpur 


BDR TUN RAZAK – MUZIK

PERGENDANGAN NUSANTARA
      
                                                       








Gendang (bahasa Jawa: Kendhang, bahasa Melayu: Gendang, bahasa Tausug/Bajau bahasa Maranao: Gandang) ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.

Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari-menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Di-Raja.
Nota : Pertubuhan Gendang Nusantara telah ditubuhkan pada Julai 2011 berkesinambungan daripada kumpulan Kompang Fatani Malaysia. Bagi mengembangkan bakat muda dan mengekalkan seni muzik ini, pertubuhan ini kerap mengadakan latihan di sekitar Tasik Selatan. Majoriti yang menyertai pertubuhan ini adalah generasi muda sekitar Bandar Tun Razak dan kawasan berhampiran. Selain itu juga, pertubuhan ini telah mengembangkan seni pergendangan ini untuk kaum India dan Cina. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi PERTUBUHAN GENDANG NUSANTARA , BANDAR TUN RAZAK KUALA LUMPUR atau En. Sufian di talian 012-9142940.                                                                  


Home » Kuala Lumpur

BATU– MUZIK

KOMPANG
         
                                                         






Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat daripada kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.


Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang menggunakan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' diperolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' diperolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.
Nota : Di Kg Banda Dalam parlimen Batu ada kumpulan kompang Sinar Silaturhaim. Wujudnya pertubuhan kumpulan kompang ini dari tahun 1970 sehingga sekarang. Keistimewaan kumpulan Sinar Silaturahim ini dapat mengekalkan warisan paluan kompang selama 42 tahun. Pada setiap tahun Kg Banda Dalam akan membuat pengambilan baru ahli- ahli kompang kerana ingin mengekalkan warisan kesenian yang telah lama dipertahankan. Kumpulan ini dapat menarik golongan generasi muda untuk mempelajari aktiviti kompang yang sekian lama diwarisi oleh golongan orang lama di Kg Banda Dalam. Aktiviti latihan kompang akan dijalankan seminggu sekali pada setiap hari Jumaat malam Sabtu. Sebarang pertanyaan, sila hubungi MADRASAH TARBIYAH, KG BANDA DALAM, BATU 4 ¼, JALAN GOMBAK atau telefon 016-2401711 (Encik Ahmad Firdaus bin Mustafa).



Home » Kuala Lumpur 


BUKIT BINTANG – MUZIK

DIKIR BARAT
         
                                                  






Dikir Barat adalah suatu seni persembahan permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir Barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

Nota : Gabungan Anak-Anak Siam Kelantan yang berhijrah ke Kuala Lumpur mendominasi aktiviti seni budaya di Segitiga Emas. Pelbagai acara kesenian seperti Menora, Mak Yong, Dikir Barat, demonstrasi pembuatan alatan wayang kulit dan penganjuran acara-acara pentas menjadi fokus utama persatuan ini. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 019-3324919 (En. Epan @ Suwanlerd Pro Poul).                                                                         


Home » Kuala Lumpur 


CHERAS - MUZIK

MARHABAN
          
                                                          







Berzanji dan marhaban menjadi satu tradisi adat dan warisan Melayu yang tidak dapat dipisahkan dari majlis-majlis adat dan budaya kaum Melayu dan Islam. Kitab berzanji dan marhaban merupakan ungkapan-ungkapan yang diambil daripada kumpulan syair Arab dan hanya menceritakan perihal diri Nabi Muhammad S.A.W, asal usul keturunannya, sifat-sifat terpujinya sehinggalah kepada sejarah hidup serta penyampaian dakwah Baginda S.A.W. Kitab ini disusun dalam bentuk rangkap syair di mana susunannya begitu indah dan amat menarik hati pembaca serta orang yang mendengarnya. Mengikut sumber sejarah, kitab-kitab tersebut dikarang oleh Sheikh Jaafar bin Masri. Beliau seorang ulama dari negara Mesir yang juga seorang kadi dan pakar dalam bahasa Arab dan kesusasteraan. Beliau pernah menjadi Khatib di Masjid Nabawi di Madinah. Dilahirkan pada 1690 Masihi dan wafat pada 1789 Masihi.

Nota : Persatuan Ibu Tunggal Bandar Tun Razak ditubuhkan pada Jun 2006. Kelab ini dibuka untuk ibu-ibu tunggal, isteri yang ditinggalkan suami, isteri yang menanggung keluarga akibat ketidakupayaan suami sebagai ketua keluarga serta anak-anak gadis yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga menggantikan ayah dan ibu yang tidak berkeupayaan. Kelab ini mengadakan aktiviti kemasyarakatan anjuran badan-badan NGO, persatuan giat bergerak mencari dana untuk membiayai projek kecil untuk menambah pendapatan ahli-ahli serta dana persatuan. Projek terbaru menubuhkan kumpulan gabungan bersama Persatuan Belia Bandar Tasik Selatan dikenali sebagai Kumpulan Gabungan Senam Tari Persatuan Ibu Tunggal Bersama Persatuan Belia Bandar Tasik Selatan. Kelas Marhaban diadakan dua kali sebulan iaitu pada hari Khamis malam Jumaat bermula jam 9.30 malam. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Persatuan Ibu Tunggal Bandar Tun Razak (Puan Hajah Fatimah Ensah binti Yahaya).                                                                 


Home » Kuala Lumpur 

PERGENDANGAN CINA
          
                                                         







Gendang (bahasa Jawa: Kendhang, bahasa Melayu: Gendang, bahasa Tausug/Bajau bahasa Maranao: Gandang) ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari-menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Di-Raja. Pergendangan Cina pula biasa digunakan untuk majlis-majlis rasmi, menyambut perayaan, perkahwinan, adat istiadat budaya kaum Cina dan lain-lain.

Nota : Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi PERSATUAN SOKKA GAKKAI MALAYSIA KUALA LUMPUR, LOT 960, KM 14, BT 9 43200 CHERAS SELANGOR atau telefon 03-9075 6876 (Koe Teng Hong).                                                                  


Home » Kuala Lumpur 


KEPONG – MUZIK

KOMPANG
         
                                                         






Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.


Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini deletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' diperoleh dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' diperoleh dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada dua bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahasa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.
Nota : Persatuan Kompang Sinar 12 Seri Menanti telah ditubuhkan pada 19 Julai 2011 (No. Pendaftaran : 2735) dan kini aktif mengadakan persembahan bagi majlis-majlis perkahwinan. Selain itu, persatuan ini juga sering terlibat dengan persembahan bagi majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi serta perayaan malah pernah terlibat di dalam persembahan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. Buat masa ini, latihan pusat pentadbiran diadakan satu kali dalam sebulan. Latihan pasukan pula diadakan setiap Jumaat dan Sabtu, pukul 9.00 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-4474 294 (En. Abd Rasid Aziz - Pengerusi) atau 013-6160 100 (En. Sharulnizam Sahamdin - Setiausaha).                                                                 


Home » Kuala Lumpur 


PUTRAJAYA – MUZIK

KOMPANG

                                                                               








Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.


Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini deletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' diperoleh dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' diperoleh dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada dua bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahasa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.
Nota : Kelab Kompang Putra 9 telah ditubuhkan oleh Komuniti Presint 9 pada tahun 2002. Ahli-ahlinya terdiri daripada para pelajar sekolah dalam lingkungan umur 10 - 17 tahun. Sebarang maklumat, sila hubungi Kelab Kompang Putra 9, d/a Blok 11A-T08-U01, Jalan P9F, Presint 9, 62250 PUTRAJAYA atau telefon 019-202 7345 (En. Mohamad Salleh bin Rahmat).                                            


No comments:

Post a Comment