Home » Melaka


ALOR GAJAH – TARI

TARIAN REBANA
          
                                                                   







Tarian Rebana dipelopori oleh masyarakat Melayu di persempadanan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Tarian ini dipersembahkan dihadapan pengantin selepas acara perarakan pengantin yang mana tarian ini dipersembahkan seolah-olah mengalu-alukan kehadiran pengantin. Tarian ini menggunakan piring yang di lalu kan ke hadapan pasangan pengantin dengan iringan pukulan rebana. Tarian ini boleh ditarikan oleh penari lelaki mahupun perempuan.

Nota : Maklumat lanjut sila hubungi Encik Abas bin Kassim di talian 013-205 7647                                                        


Home » Melaka

TARIAN SEWANG
         
                                                                                 









Tarian Sewang adalah tarian tradisional yang berasal daripada masyarakat orang asli. Pada asalnya tarian ini diadakan bagi tujuan perubatan dan turut merangkumi unsur-unsur spiritual dan ritual seperti pemujaan roh, semangat si mati serta aktiviti membuang bala. Walau bagaimanapun kini tarian Sewang telah diolah semula bagi tujuan persembahan dan hiburan semata.

Tarian Sewang dipersembahkan dalam bentuk bulatan yang mana penari akan membentuk bulatan semasa persembahan diadakan. Tarian ini biasanya diiringi paluan alat muzik yang diperbuat daripada alam semulajadi seperti ketukan buluh.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi:

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka

Kompleks JKKN Melaka,

Lebuh Ayer Keroh,

75450 Melaka.
Tel: 03 - 233 1790/ 233 1787 


                                         

Home » Melaka


JASIN – TARI

TARIAN SEWANG

                                                                                                                           








Tarian Sewang adalah tarian tradisional yang berasal daripada masyarakat orang asli. Pada asalnya tarian ini diadakan bagi tujuan perubatan dan turut merangkumi unsur-unsur spiritual dan ritual seperti pemujaan roh, semangat si mati serta aktiviti membuang bala. Walau bagaimanapun kini tarian Sewang telah diolah semula bagi tujuan persembahan dan hiburan semata.

Tarian Sewang dipersembahkan dalam bentuk bulatan yang mana penari akan membentuk bulatan semasa persembahan diadakan. Tarian ini biasanya diiringi paluan alat muzik yang diperbuat daripada alam semulajadi seperti ketukan buluh.
Nota lanjut sila hubungi:

Encik Sariff A/L San Ka Chang

Kampung Orang Asli Lubok Bandung,

Simpang Bekoh,

77100 Asahan Melaka.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka

Kompleks JKKN Melaka,

Lebuh Ayer Keroh,

75450 Melaka.

Tel: 03 - 233 1790/ 233 1787


Home » Melaka


MELAKA TENGAH – TARI

JOGET CAK KUN CAK
         
                                      





Temasya Mandi Safar yang popular sehingga sekitar awal tahun 70-an telah mempengaruhi kemunculan Joget Lambak di kalangan masyarakat Melayu Melaka. Aktiviti berjoget lambak ini diadakan ketika bersuka ria semasa temasya tersebut. Cak Kun Cak merupakan istilah oleh orang Melaka bagi Joget Lambak. Tarian ini ditarikan secara berpasangan atau berkumpulan dalam pergerakan bebas.
Joget Lambak atau Cak Kun Cak ini sangat dikenali di Tg Keling kerana ia merupakan salah satu tempat yang popular satu ketika dahulu dengan aktiviti Mandi Safar yang dijalankan sepanjang hari Rabu kedua bulan Safar. Oleh kerana aktiviti ini telah diharamkan kerana membawa kepada perkara bida’ah, tarian joget lambak masih kekal sehingga ke hari ini dan kini biasanya diadakan semasa majlis-majlis keramaian dan perkahwinan sebagai melahirkan rasa kegembiraan atau hiburan semata-mata.                                                                                     


Home » Melaka

TARIAN BABA NYONYA
          
                                     






Baba Nyonya merupakan etnik unik yang telah wujud di negeri Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Etnik ini lahir daripada perkahwinan antara pedagang Cina dan masyarakat Melayu tempatan. Kumpulan etnik minoriti ini memiliki dua budaya warisan iaitu tradisi Cina dan pada masa yang sama mengamalkan ciri-ciri kebudayaan masyarakat Melayu.


Seperti masyarakat Melayu di Melaka, masyarakat Baba Nyonya juga mempunyai seni tari yang beridentitikan Baba Nyonya. Antara Tarian Baba Nyonya ialah:

i) Joget Dondang Sayang

ii) Joget Trila-trila

iii) Tarian Sapu Tangan (Bimpoh)

iv) Tarian Bakul Sia

v) Tarian Payung
Selain di Kg Bukit Rambai, kumpulan minoriti masyarakat Baba Nyonya juga boleh dilihat di Jonker Walk Melaka.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :

Badan Kesenian Babah Nyonyah Melaka,

No. 9594, Km 11, Bukit Rambai, 75250 Melaka

Telefon: 06- 3352815 / 013-2108883 (Encik Koh Kim Bok)

Persatuan Peranakan Cina Melaka

151, Jalan Tun Tan Chang Lock, 75200 Melaka
Telefon: 06- 2837215 (Puan Betty)                                                                                      


Home » Melaka

TARIAN CHITTI
          
                                                                                  








Masyarakat Chitti di Melaka adalah salah satu lagi kelompok minoriti yang dilahirkan daripada perkahwinan campur antara pedagang India dan masyarakat setempat. Masyarakat Chitti mempunyai budaya hidup seperti masyarakat Melayu dari segi makanan dan pakaian. Walau bagaimanapun agama yang dianuti adalah agama Hindu. Seperti masyarakat Baba Nyonya, masyarakat Chitti juga mewarisi tarian seperti masyarakat Baba Nyonya iaitu;


i) Joget

ii) Joget Sapu Tangan

iii) Tarian Payung

iv) Tarian Ponggal

v) Tarian Kolatham (Stick)
Tarian-tarian ini masih diwarisi sehingga kini oleh masyarakat Chitti di Kg Gajah Berang, Melaka.
Nota : Sebarang keterangan lanjut sila hubungi Kumpulan Kesenian Chitti, Kg Gajah Berang, Melaka atau telefon 06- 3352815 / 013-2108883 (Puan Kandamah A/P V.K Pillay).                                         


Home » Melaka

TARIAN LINE DANCE
        
                                      






Tarian Barisan merupakan tarian yang dikoreografkan dengan mengulang langkah yang sama yang disampaikan oleh satu kumpulan dalam satu atau lebih barisan. Semua penari melakukan pergerakan yang sama dalam satu masa. Tarian Barisan tidak memerlukan perhubungan fizikal di antara satu sama lain kerana barisan yang pertama atau yang mengetuai barisan akan menjadi ikutan oleh penari-penari di belakangnya.

Nota : Maklumat lanjut sila hubungi Malacca Dancers Association, 9399, Jalan Malim, 75200 Melaka atau telefon 06-3354690 / 012-3089609 (Encik Neo Yong Song)                                                                                     


Home » Melaka

TARIAN PELBAGAI KAUM
          
                                                






Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat Melayu, India, Cina, Iban dan Sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Sebagai contoh tarian Zapin, Joget Gamelan, Asyik, Kathak, Bhrata Natyam, Tarian Singa, Tarian Kipas, Tarian Ngajat dan Sumazau.

Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :

Briged Seni Melaka,

Rumah No. 7, Rumah Kerajaan, Bukit Peringgit,

75150 Melaka

Telefon: 06-2882797 (Encik Wee Juan Lee)

Badan Kesenian MBMB,

No. 1, Graha Makmur,

Jalan Tun Abd Razak,

Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka
Telefon: 06-2359701 (Encik Zaini Bin Haron)                                                                           


Home » Melaka

TARIAN SINGA

                                                                                                            









Tarian Singa atau dalam bahasa Cina dipanggil “ Pinyin atau Wushi” merupakan tarian tradisional dalam adat masyarakat Cina. Tarian ini dipersembahkan dengan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa ini dimainkan oleh dua penari iaitu seorang di bahagian hadapan dan seorang lagi di bahagian belakang. Penari ini akan menggerakkan kepala di bahagian hadapan manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan . Tarian Singa ini biasanya diiringi oleh pukulan gong, drum, dan dentuman mercun yang dikatakan membawa tuah.
Nota : Info lanjut sila hubungi Persatuan Tarian Singa Melaka di talian 012-6363012 (Encik Sim Chen Kuang) atau 012-6236757 (Encik James Lam).               


Home » Melaka

TARIAN PORTUGIS

                                                                             








Melaka adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai penempatan khusus masyarakat Eurasia berketurunan Portugis iaitu di Perkampungan Portugis, Ujung Pasir Melaka. Pada ketika dahulu, kebanyakan masyarakat ini bekerja sebagai nelayan di sekitar pinggir laut Selat Melaka. Selain daripada itu masyarakat Portugis Melaka juga mewarisi tradisi, bahasa, adat resam dan seni budaya yang unik. Bahasa yang digunakan adalah bahasa “Cristang atau Cristao” dan menganut agama katolik.


Kedatangan Portugis ke Melaka turut membawa pengaruh seni tari joget “Branyo dan Farapeirra” yang popular di kalangan masyarakat Portugis ke dalam masyarakat tempatan di Melaka. Selain daripada dua tarian tersebut, masyarakat Portugis juga mempunyai beberapa lagi tarian joget dan lagu yang sinonim sehingga kini iaitu:

i) Tiyanika

ii) Jinkling Nona

iii) Bong-bong Fila

iv) Sarampa (Golek-golek)

v) Serampang Laut
Tarian-tarian ini masih diteruskan sehingga kini terutamanya ketika majlis-majlis keramaian termasuk perayaan seperti Krismas, Pesta San Pedro dan Easter.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi Dom Marina, No. 8, Jalan D’albuquerque, Portuguese Settlement, 75050 Melaka atau telefon 06- 2848720 / 019-6632422/019-6627566 (Puan Marina Linda Danker).                                
              


Home » Melaka

TARIAN TRADISIONAL CINA
       
                                                                                              






Tarian Bunga

Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia. Seperti tarian-tarian yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita dengan lemah lembut. Pergerakan tarian in menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman, kasih sayang dan harmoni. Tarian ini mencerminkan jiwa yang penyayang dan bersemangat. Ia juga sebagai bukti secara simbolik menyatakan penyerahan bunga kepada rakyat yang berada dalam keadaan kegembiraan. Terdapat saranan bahawa ianya harus dimiliki oleh seluruh dunia.
Tarian Bunga Teratai
Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di Wilayah Don Huang di negeri China. Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi sebuah kolam teratai yang merupakan identiti kebudayaan Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana riang ria seperti di zaman dahulu.
Tarian Payung
Tarian Payung merupakan tarian yang popular sejak Dinasti Han lagi. Tarian ini berasal dari sebuah daerah di negeri China yang terkenal dengan industri pembuatan payung. Tarian ini dipersembahkan di kampung-kampung. Persembahan tarian payung agak rancak kerana ia menggambarkan keindahan dan kegembiraan.
Tarian Cinta Bertemu
Tarian ini menggambarkan gerakan penuh gemalai dan dihiasi dengan cinta, kerinduan dan keinginan. Ia menggambarkan seorang wanita muda dalam perjalanan menemui kekasihnya. Bagi menandakan perasaan kasih sayang dan mengambil berat terhadap seseorang yang dicintainya, wanita tersebut membawa seekor ayam, seekor itik, udang, ketam dan sebiji tembikai yang besar. Walau bagaimanapun ingatan manis terhadap orang yang dicintai tiba-tiba diganggu oleh bunyi guruh yang kuat menyebabkan ia terjengket-jengket dan semua hadiah yang dibawanya jatuh satu persatu ke tanah. Mengenangkan nasib yang malang, si gadis menyalahkan kekasihnya yang menyebabkan kemalangan tersebut.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :

Persatuan Chinwoo Melaka,

No.17, Jalan Bsj1,

Taman Bukit Serindit,

75400 Melaka.

Telefon: 012-6360700 (Puan Chan Geok Yong)

Tames Production,

1B, 47-3, Melaka Mall,

Jalan Kesidang 3/11,

Bachang, 75250 Melaka

Telefon: 012-6397913 (Tames Production)

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka

Kompleks JKKN Melaka,

Lebuh Ayer Keroh,

75450 Melaka.Tel: 03 - 233 1790/ 233 1787                            


Home » Melaka

TARIAN TRADISIONAL INDIA
          
                                                         







Kebudayaan India telah pun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaumnya. Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Antara tarian gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Kuchi Pudi, Odissi, Kathakali, Kathak, Mohini Attam dan Manipuri. 2 (dua) daripadanya merupakan yang paling popular di kalangan masyarakat India di Malaysia iaitu Bharata Natyam dan Odissi. Terdapat juga tarian India yang dikategorikan sebagai gaya tradisional iaitu Tarian Banghra (suku kaum Sikh).

Nota : Maklumat lanjut sila hubungi Thilana Arts Studio, No.49G, Tingkat 1, Jalan Ong Kim Wee, 75300 Melaka atau telefon 014-6359259 (Encik Thilanathan).                                                                  


1 comment: