Home » Kelantan


KOTA BHARU - MUZIK

DIKIR BARAT
          
                                                






Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan.

Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan 'Dikir' ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Nota : Info lanjut sila hubungi :

Mohd Nor bin Jaafar

743 A, Kg. Pauh Panji,
Jalan Sultanah Zainab II,
15200 Kota Bharu, Kelantan.
TELEFON : 012-9899293                                                                           


Home » Kelantan

GHAZAL
      
                                                                                                             







Ghazal berasal daripada perkataan Arab ‘Ghaz’ yang bermaksud nyanyian yang ditujukan kepada wanita. Ghazal daripada segi bahasa bermaksud mainan cinta, ungkapan-ungkapan cinta atau ucapan-ucapan yang diluahkan kepada wanita atau berkata-kata dengan wanita. Ghazal juga dikenali sebagai suatu bentuk puisi nasyid iaitu puisi-puisi yang memaparkan kisah percintaan penyair dengan kekasihnya. Kesenian ini amat popular pada sekitar tahun 40-an sehingga 60-an. Ia menjadi satu budaya yang popular dan satu kemestian bagi masyarakat setempat terutama bila ada majlis keramaian.

Jika seni ghazal sinonim dengan Johor, kini ia mula bertapak di Kelantan dengan penubuhan sebuah kumpulan yang sering mendapat undangan untuk mengadakan persembahan. Ghazal Kelantan lebih menyerlahkan lagu-lagu loghat Kelantan dengan alunan muziknya yang sama seperti ghazal Johor.
Nota : Info lanjut sila hubungi :

En. Khairi bin Kerbak

Lot 261, Kg. Jejawi,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan.
TELEFON : 013-9204699              


Home » Kelantan

MUZIK ETNIK TEMPAYAN GURI
          
                                                           







Kumpulan ini diketuai oleh Mohd Yasim bin Haji Yaacob. Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1955 kini berusia 56 tahun dan merupakan Pengerusi Kumpulan Pemuzik Irama Rakyat Kelantan yang ditubuhkan awal tahun 2004 dengan nombor pendaftaran: 0800-07-KEL. Keistimewaan kumpulan ini kerana ia menampilkan kumpulan yang dibarisi pemain muzik dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Siam serta menggunakan alat muzik dari bahan terbuang seperti tempayan, guri, periuk belanga, tong cat, tong sampah, pelita ayam, selipar jepun dan lain-lain.

Kumpulan ini banyak menampilkan lagu-lagu nostalgia seperti Irama Lagu Rakyat, Lagu-lagu Tradisional, Permainan Rakyat, Permainan Tradisional di samping dapat mengekalkan dan memartabatkan seni warisan nenek moyang kita sejak zaman-berzaman. Kumpulan ini telah banyak mengadakan persembahan serta menerima undangan daripada pelbagai pihak sama ada dari Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, agensi kerajaan serta pihak swasta.

Di antara pencapaian termasuklah;

-Pernah diundang membuat persembahan di Istana Negeri, Kubang Kerian.

-Persembahan di Quality Hotel Kuala Lumpur sempena Bulan Citrawarna.

-Persembahan di hadapan 22 peserta negara sempena International Kite Festival di Pasir Gudang, Johor.

-Persembahan di hadapan pemimpin negara, orang kenamaan dan majlis-majlis keramaian.
Nota : Info lanjut sila hubungi :

Encik Mohd Yasim bin Haji Yaacob @ Cikgu M.Y.

Pengerusi

Kumpulan Pemuzik Etnik Irama Rakyat Kelantan

PT.527, Taman Sri Mahang

Kok Lanas,
16450 Kota Bharu, Kelantan
TELEFON : 013-954 7217                                                                


Home » Kelantan

MUZIK MAK YONG & MAIN PUTERI
          
                                                






Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan Mak Yong telah memperlihatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak Yong. Persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja. Kemudian, persembahan diberhentikan dan alat-alat muzik biola dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan lagu-lagu joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari Mak Yong.

Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang mereka yang mereka ada. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.
Pada akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Persembahan Mak Yong hanya boleh dilihat pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, dan persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.
Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.
Manakala Main Puteri dianggotai oleh dua watak utama iaitu Tuan Puteri dan Tok Minduk yang bermain rebab dan diiringi oleh paluan gendang ibu dan anak. Ketika Tuan Puteri seperti lupa diri, semangat halus akan meresap ke dalam tubuh Tuan Puteri dan Tok Minduk akan menyoal makhluk halus tersebut untuk memastikan punca penyakit.
Main Puteri akan dimainkan selama satu hingga tiga malam untuk tujuan berubat penyakit disebabkan oleh rasukan makhluk halus, hilang semangat, ketidakseimbangan tenaga dalaman, dan juga oleh gangguan angin (kehendak yang tidak dipenuhi). Main Puteri diiringi oleh peralatan muzik sama dengan Mak Yong seperti rebab (alat muzik bertali tiga), gendang dua kepala, dan tetawak.
Nota : Info lanjut sila hubungi :

Puan Ruhani Binti Mohd Zin

Lot 2029, Kg. Kota Jelasing,

Jln. Puteri Saadong,

15100 Kota Bharu,

Kelantan.
TELEFON : 013-9060925                                                                           


Home » Kelantan


PASIR MAS - MUZIK

MUZIK WAYANG KULIT
          
                                               





Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak mitos dan khayalan ditarikan oleh seorang dalang. Di alam Melayu, Wayang Kulit boleh didapati dalam beberapa jenis. Antaranya termasuklah Wayang Kelantan, Wayang Melayu, Wayang Purwo dan Wayang Gedek. Persembahan wayang kulit akan diiringi dengan satu kumpulan muzik sebagai membantu menghidupkan lagi watak-watak yang dimainkan dan menggambarkan suasana adegan-adegan yang berlaku ketika itu. Peralatan muzik yang sering digunakan dalam persembahan wayang kulit adalah serunai (utama), gendang ibu, gendang anak, gendombak ibu, gedombak anak, kesi, geduk ibu, geduk anak, canang dan gong.
Penggunaan alat muzik dalam persembahan wayang kulit adalah berbeza antara satu dengan yang lain. Peralatan muzik untuk Wayang Kulit Kelantan ialah gong, (tetawak), gendang, geduk, gedombak, canang, mong, serunai dan kesi. Bagi Wayang Kulit Purwo pula alat-alat muzik yang digunakan ialah gong besar (gong agong), gong suwukan, gambang, kempul, kenong, gender, slentem, demung, saron, peking (saron penerus), ketok / kompang, rebab dan gendang. Antara jenis-jenis lagu yang dimainkan pula ialah seperti Lagu Bertabuh, Perang, Seri Rama, Kabar Manja, Buluh Seruas, Pandan Wangi dan banyak lagi.
Nota : Info lanjut sila hubungi :
Encik Che Isa Che Omar

Kampung Kebakat, 16250 Wakaf Bharu , Kelantan.

TELEFON : 014-5326189                                                                           


Home » Kelantan


PASIR PUTEH – MUZIK

DIKIR BARAT
          
                                                         







Dikir Barat adalah suatu persembahan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Ia biasanya dipersembahkan oleh masyarakat pada musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah kesenian yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan "Dikir" ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair.
Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Nota : Info lanjut sila hubungi :
Tuan Yaacob Tuan Ismail

@ Tuan Kob Raja Saring

Kg. Saring, 16800 Pasir Putih, Kelantan.

TELEFON : 010-3346067                                                                  



Home » Kelantan


TUMPAT - MUZIK

MUZIK WAYANG KULIT
        
                                                






Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak mitos dan khayalan dilarikan oleh seorang dalang. Di alam Melayu, Wayang Kulit boleh didapati dalam beberapa jenis, antaranya termasuklah Wayang Kelantan, Wayang Melayu, Wayang Purwo dan Wayang Gedek. Persembahan wayang kulit akan diiringi dengan satu kumpulan muzik sebagai membantu menghidupkan lagi watak-watak yang dimainkan dan menggambarkan suasana adegan-adegan yang berlaku ketika itu. Peralatan muzik yang sering digunakan dalam persembahan wayang kulit adalah serunai (utama), gendang ibu, gendang anak, gendombak ibu, gedombak anak, kesi, geduk ibu, geduk anak, canang dan gong.

Penggunaan alat muzik dalam persembahan wayang kulit adalah berbeza antara satu dengan yang lain. Peralatan muzik untuk Wayang Kulit Kelantan ialah gong, (tetawak), gendang, geduk, gedombak, canang, mong, serunai dan kesi. Bagi Wayang Kulit Purwo pula alat-alat muzik yang digunakan ialah gong besar (gong agong), gong suwukan, gambang, kempul, kenong, gender, slentem, demung, saron, peking (saron penerus), ketok / kompang, rebab dan gendang. Antara jenis-jenis lagu yang dimainkan pula ialah seperti Lagu Bertabuh, Perang, Seri Rama, Kabar Manja, Buluh Seruas, Pandan Wangi dan banyak lagi.
Nota : Info lanjut sila hubungi :

Encik Che Isa Che Omar

Kampung Kebakat, 16250 Wakaf Bharu , Kelantan.
TELEFON : 014-5326189                                                                           


1 comment:

  1. Salam admin boleh tak nak mintak no phone latest tuan kob raja saring?

    ReplyDelete