SEBERANG PERAI UTARA - TARI
BHARATA NATYAM
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian
klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang
penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa
bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang
harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati
ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di
bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan
secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam
tarian ini merangkumi enam peringkat yang dikenali sebagai Alarippu,
Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat ini menggabungkan
elemen Nritta atau tarian tulin dan Nritya (tarian ekspresi).
Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun
dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan berbagai jenis tarian
suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya
tradisional. Tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam,
Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu
banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba
Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat
asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
|
TIMUR LAUT - TARI
CHINGAY
Chingay yang berasal dari China telah menjadi satu
keistimewaan di Pulau Pinang. Perarakan Chingay memaparkan kemahiran membawa
dan mengimbang bendera yang berwarna-warni.Perarakan Chingay yang pertama di
Pulau Pinang diadakan pada tahun 1919 dalam sambutan Hari Kelahiran Dewa-dewa
Penyayang yang dianjurkan oleh Pedagang Pasar dan lain-lain komuniti Cina . Perarakan
ini membawa tokong dewa Penyayang dan bendera chingay sepanjang 40 kaki dan
mengelilingi George Town untuk mengelakkan wabak yang berlaku ketika itu.
Perarakan Chingay kedua diadakan pada tahun 1926 dalam
sambutan kelahiran Dewa Pemurah. Perarakan Chingay ketiga diadakan pada 1957
bagi menyambut ulang tahun Majlis Bandaraya George Town.
Bagaimanapun menjelang beberapa tahun perarakan Chingay
berubah daripada tujuan asal kepada promosi pelancongan. Dalam tahun 1966
bandaraya GeorgeTown menganjurkan perayaan Pesta Pulau Pinang bagi
mempromosikan pelancongan. Kali ini perarakan Chingay bukan sahaja mengandungi
bendera Chingay tetapi juga tarian singa dan tarian naga.
Chingay memainkan peranan penting untuk menarik
pelancong-pelancong khususnya dari luar negara melawat ke Pulau Pinang. Acara
mengimbang bendera Chingay yang bersaiz 40 kaki tinggi dan bendera tiga segi
sekurang-kurangnya saiz 25 x 15 kaki diikat pada tiang kayu sepanjang 40 kaki
begitu menarik dan mengagumkan.
|
No comments:
Post a Comment