Wednesday 18 March 2015

PERLIS
NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN          
                                                                                                                           


INFO NEGERI PERLIS
Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Perlis Indera Kayangan atau Perlis Darul Sunnah. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Wilayah Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis pernah dipanggil Palit (Bahasa Thai: ปะลิส) dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada di bawah pengaruh Siam suatu ketika dahulu.
RAJA
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
RAJA PEREMPUAN
 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
MENTERI BESAR
Y.A.B. Tuan Azlan bin Man
IBU NEGERI
 Kangar
BANDAR DIRAJA
Arau
DAERAH
 3
PARLIMEN
3
DEWAN UNDANGAN NEGERI
 15
LAMAN WEB


KEDAH
NEGERI KEDAH DARUL AMAN          
                                                                                                                           

INFO NEGERI KEDAH
Negeri Kedah dikenali juga sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km . Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan Wilayah Songkhla dan Yala, Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang di arah barat daya.
SULTAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasi Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
SULTANAH
 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun
MENTERI BESAR
Y.A.B. Dato' Seri Hj. Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
IBU NEGERI
 Alor Setar
BANDAR DIRAJA
Anak Bukit
DAERAH
 11
PARLIMEN
15
DEWAN UNDANGAN NEGERI
 36
LAMAN WEB
PULAU PINANG
PULAU PINANG PULAU MUTIARA         
                                                                                                                           

INFO NEGERI PULAU PINANG
Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian dan dipisahkan oleh Selat Melaka yang terdiri daripada bahagian pulau (Pulau Pinang) dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km. Dahulunya Pulau Pinang lebih dikenali dengan nama Tanjung Bidara.
YANG DI-PERTUA NEGERI
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas
ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI
 Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff
KETUA MENTERI BESAR
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng
IBU NEGERI
 Georgetown
BANDAR DIRAJA
Tiada
DAERAH
 5
PARLIMEN
11
DEWAN UNDANGAN NEGERI
 33
LAMAN WEB
PERAK
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN           
                                                                                                                           

INFO NEGERI PERAK
Negeri Perak merupakan salah satu daripada 14 buah negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia). Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang dan keempat terbesar di Malaysia. Negeri Perak Darul Ridzuan terletak bersempadan terus dengan negeri Kedah di sebelah utara, Pulau Pinang disebelah barat laut; Kelantan dan Pahang di sebelah timur dan Selangor di sebelah selatan.
SULTAN
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
RAJA PERMAISURI
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun
MENTERI BESAR
Y.A.B. Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Haji Abdul Kadir
IBU NEGERI
Ipoh
BANDAR DIRAJA
Kuala Kangsar
DAERAH
9
PARLIMEN
23
DEWAN UNDANGAN NEGERI
52
LAMAN WEB
SELANGOR


NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN        
                                                                                                                    
TARI | TEATER | MUZIK

INFO NEGERI SELANGOR
Negeri Selangor terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan. Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan bandar diraja negeri ini ialah Klang.
SULTAN
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris
Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
PERMAISURI
-
MENTERI BESAR
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim
IBU NEGERI
 Shah Alam
BANDAR DIRAJA
Klang
DAERAH
 9
PARLIMEN
17
DEWAN UNDANGAN NEGERI
 48
LAMAN WEB
KUALA LUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR          
                                                                                                                           
INFO WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini meliputi tanah seluas 244 km (94 batu²), diduduki hampir 2.2 juta orang penduduk. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang meliputi sebahagian besar negeri Selangor iaitu Lembah Klang. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia, selain dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Y.B. Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor
ISTERI KEPADA MENTERI
WILAYAH PERSEKUTUAN
 YBhg. Datin Seri Utama Anggraini binti Sentiyaki
DATUK BANDAR
YBhg. Datuk Seri Hj Ahmad Phesal bin Hj Talib
IBU NEGARA
 Malaysia
BANDAR DIRAJA
Tiada
DAERAH
 Tiada
PARLIMEN
11
LAMAN WEB



NEGERI SEMBILAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
                                                                                                                           

INFO NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di sebelah utara, Pahang di sebelah timur, Johor di sebelah tenggara dan Melaka di sebelah selatan. Negeri Sembilan merupakan persekutuan yang dibentuk hasil gabungan 9 buah negeri (luak) iaitu Johol, Jelebu, Rembau, Jempol, Sungai Ujong (Seremban), Gemenceh, Gemas, Tampin dan Gemas. Ibu negerinya ialah Seremban manakala bandar diraja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah.
YANG DI-PERTUAN BESAR
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
TUNKU AMPUAN
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Aishah Rohani Ibni Almarhum Tengku Besar  Mahmud   
MENTERI BESAR
Y.A.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
IBU NEGERI
 Seremban
BANDAR DIRAJA
Seri Meranti
DAERAH
 7
PARLIMEN
7
DEWAN UNDANGAN NEGERI
 32
LAMAN WEB
MELAKA
NEGERI MELAKA DARUL NAIM          
                                                                                                                           
TARI | TEATER | MUZIK  
                                                       
INFO NEGERI MELAKA
Negeri Melaka merupakan negeri ketiga terkecil selepas Perlis dan Pulau Pinang. Melaka juga dikenali sebagai negeri bersejarah dan pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Melaka terletak di di barat Semenanjung Malaysia dan terdiri daripada 3 daerah iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah.
YANG DI-PERTUA NEGERI
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob
ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI
 Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Datin Seri Utama Zurina binti Kassim
KETUA MENTERI BESAR
Y.A.B. Datuk Seri Ir. Haji Idris bin Haji Haron
IBU NEGERI
 Alor Gajah
BANDAR DIRAJA
Tiada
DAERAH
 3
PARLIMEN
5
DEWAN UNDANGAN NEGERI
 25
LAMAN WEB