KOTA BELUD-TARI

LIMBAI
          
                                               






Tarian Limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat Bajau di Kota Belud. Tarian ini ditarikan ketika menyambut pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Tarian ini adalah upacara khas sebagai tanda untuk menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab kabul (pernikahan). Penari akan melambaikan selendang mereka sebagai simbol mengundang dan mengucapkan selamat datang. Tarian ini dipersembahkan tiga hingga empat pasangan penari dan lenggokan tangan penari yang lemah-lembut.

Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah

KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-237 052/051
Faks : 088-242 052                                                                            



Home » Sabah

RUNSAI
         
                                                                                 







Tarian Runsai adalah tarian tradisional bagi suku kaum Bajau di daerah Kota Belud. Pengertian sebenar 'runsai' adalah nyanyian bagi tujuan hiburan atau mendodoikan anak kecil untuk ditidurkan. Lazimnya, setiap nyayian diiringi oleh tarian maka apabila digabungkan ianya tercipta satu Tarian Runsai.

Penari-penari tarian ini terdiri daripada lapan orang yang akan saling membelakangi dan bergerak mengikut pusingan bulatan kekanan. Mereka akan menyanyikan lagu tradisional atau kalang beramai-ramai sambil sambut-menyambut. Gerakan asas bagi tarian ini adalah gerakan kaki mengikut lagu-lagu yang mereka nyanyikan. Tarian ini tidak memerlukan iringan muzik. Lazimnya, Tarian Runsai selalu ditarikan di hari-hari perkahwinan.
Penari-penari lelaki akan berpegang tangan secara berangkai – rangkai antara satu sama lain. Lelaki terakhir akan memegang sehelai kain berbentuk selendang @ sapu tangan di mana hujung kain ini dipegang oleh penari perempuan. Fungsi selendang ini untuk mengelakkan daripada tangan mereka bersentuhan. Pihak perempuan akan mengikut gerak langkah pihak lelaki mengikut bulatan sambil menjual atau membeli kalang daripada kedua-dua belah pihak.

Langkah-langkah yang terdapat dalam gerakkan Runsai ialah:

1. Langkah siluk

2. Nagong – undur ke belakang

3. Ngangkat abungan – menghentak lantai sekuat-kuat tenaga oleh semua penari lelaki sehingga mengeluarkan satu tempo yang rancak

4. Nagong – undur kebelakang

5. Somorata - langkah biasa seperti orang berjalan
Langkah-langkah ini yang akan diulang beberapa kali sehinggalah majlis selesai.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah

KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-237 052/051
Faks : 088-242 052                                          



Home » Sabah

SUMARANUN
         
                                               





Tarian Sumaranun merupakan tarian tradisi bagi kaum Iranun di Kota Belud. Tarian ini ditarikan secara beramai-ramai demi memastikan sesuatu majlis lebih berseri dan biasanya dipersembahkan pada majlis perkahwinan. Sebelum tarian ini ditarikan, ajong harus disediakan terlebih dahulu. Ajong ini mempunyai tujuh warna pada bendera kecil yang dipacakkan pada suatu tempat di tengah-tengah kawasan. Para penari Sumaranun akan mengelilingi ajong ini. Tarian ini ditarikan secara berpasangan. Adakalanya, melalui tarian ini, kaum ini bertemu jodoh dan ini menyebabkan tarian ini juga dinamakan sebagai tarian perpaduan. Pakaian bagi tarian ini ialah sinabala, malboro, mandapon, bobotolan, mahkota dan lain-lain lagi. Alat muzik yang digunakan dalam tarian ini ialah gong, bebandil atau canang, gendang, bamboo atau debak dan kulintangan.

Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah

KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-237 052/051Faks : 088-242 052                                                                            



Home » Sabah

DARANGAN SUMAGAYAN
          
                                                         







Tarian ini berasal daripada legenda pada zaman dahulu yang menceritakan seorang panglima yang mempunyai empat orang anak lelaki yang tidak bersefahaman. Anak-anaknya selalu bertengkar kerana mahu menduduki tempat ayahnya. Pada suatu malam, panglima tersebut telah bermimpi agar keempat-empat anaknya diberikan kawasan untuk memerintah iaitu bahagian barat, timur, selatan dan utara. Apabila mendengar hasrat ayah mereka, keempat-empat puteranya itu bersetuju. Ada juga yang mengatakan tarian ini dicipta atas sebab perebutan orang-orang muda daripada kalangan kaum Iranun terhadap seorang wanita yang amat cantik ketika itu. Oleh itu, gerak tarinya menggambarkan perebutan untuk menguasai sesuatu. Alat-alat muzik yang mengiringi Tarian Darangan Sumagayan ini ialah canang, gendang dan nyanyian. Rentak tari bagi tarian ini juga menyerupai gerak silat.

Nota: Maklumat lanjut sila hubungi:

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah

KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-237 052/051
Faks : 088-242 052                                                                  



Home » Sabah

DAYANG SULU SULAMPID
          
                                     






Dayang Sulu Sulampid juga merupakan sejenis tarian tradisional bagi suku kaum Iranun yang amat popular. Tarian ini biasanya ditarikan pada waktu malam semasa bulan mengambang, iaitu ketika orang Iranun berehat setelah berpenat lelah bekerja pada waktu siang. Dayang Sulu Sulampid juga ditarikan untuk meraikan orang kenamaan atau menyambut bayi yang baru lahir. Tarian ini disertai dengan alat muzik biola dan nyanyian pantun. Lagu-lagu yang dinyanyikan menggunakan bahasa Iranun dan lazimnya pantun-pantun yang dipantunkan mengaitkan tentang kelahiran anak yang baru lahir. Penari lelaki dalam tarian ini memakai malboro, tanjak, mendapon dan bobotolan. Penari wanita pula memakai sinisip, malboro, mendapon dan bobotolan.

Nota: Maklumat lanjut sila hubungi:

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah

KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-237 052/051
Faks : 088-242 052                                                                                      



Home » Sabah

KUDA PASU
         
                                                                    









Kuda Pasu merupakan tarian Bajau dari Daerah Kota Belud. Pada asalnya tarian ini dipersembahkan oleh penunggang kuda yang mahir untuk menyambut atau mengiringi rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Sapu tangan yang dipegang oleh penari perempuan sebagai lambang mengalu-alukan kedatangan pengantin lelaki serta rombongannya.

Nota: Maklumat Lanjut Sila Hubungi

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Kompleks JKKN Sabah

Jalan Tasik Off KM4 Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu, Sabah
Malaysia.
Tel: 088-237051/52
Faks: 088-242052                                                       



Home » Sabah

SAYAU KAPA MOMORUN
          
                                               






Sayau Kapa Momorun adalah sebuah tarian tradisi daripada suku kaum Dusun Tindal dari Kampung Melangkap Kapa, Kota Belud. Tarian ini berkembang daripada aktiviti momorun iaitu proses pembuatan kuron sehinggalah menjadi sebuah tarian yang boleh dipersembahkan sebagai sebuah tarian tradisi yang lengkap dengan muzik dan kostumnya yang tersendiri.


Sehingga awal tahun 60-an dan sebelumnya, aktiviti momorun adalah salah satu aktiviti harian khususnya bagi kaum wanita. Kuron ialah sejenis tembikar yang dihasilkan menggunakan tanah liat berwarna kelabu. Kuron yang bersaiz kecil dipanggil popogong. Kuron digunakan sebagai alatan dapur bagi kegunaan keluarga ataupun dijadikan alat pertukaran barang (sistem barter) manakala popogong biasanya dijadikan sebagai perhiasan yang kini telah dikomersialkan.

Aktiviti inilah yang menjadikan momorun dan kuron sebagai satu yang penting bagi penduduk Kampung Melangkap Kapa. Tarian Sayau Kapa Momorun adalah unik dari segi gerak tarinya. Setiap pergerakan tarian ini diilhamkan daripada proses-proses pembuatan kuron serta aktiviti harian orang-orang kampung.
Nota: Maklumat Lanjut Sila Hubungi

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Kompleks JKKN Sabah

Jalan Tasik Off KM4 Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu, Sabah
Malaysia.
Tel: 088-237051/52
Faks: 088-242052                                                                            


No comments:

Post a Comment