Home » Kuala Lumpur  


BUKIT BINTANG – TARI

LABI-LABI
         
                                                          







Tarian Labi-Labi merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini asalnya daripada Endau, Rompin, Pahang yang ditarikan oleh seorang penari sambil diiringi oleh biola dan gong. Tarian komedi ini ditarikan oleh lelaki sahaja namun kini ada kaum wanita yang menarikannya untuk menambah seri lenggok tarinya. Asasnya seorang penari akan keluar dari sarangnya seperti gerak labi-labi untuk mendapatkan pisang yang dilemparkan oleh penari-penari lain. Alatan muzik lain yang digunakan ialah gendang buluh, rebana, gong, keketuk dan serunai. Walaupun popular di Rompin dan Pekan, namun tarian ini juga agak popular di Kuala Lumpur kerana adanya anak-anak seni yang berhijrah untuk menjana ekonomi keluarga. Oleh itu tarian ini berkembang secara setempat di Bukit Bintang.

Nota : Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 013-341 7639 (En. Syed Baha).                                                                


Home » Kuala Lumpur  


CHERAS - TARI

TARIAN TRADISIONAL MELAYU

                                                                              








Melayu adalah kaum utama di Malaysia. Bangsa Melayu telah lama wujud di sini sejak sekitar 3000 tahun sebelum Masihi. Terdapat banyak tarian Melayu; dari tarian Melayu Asli hingga ke tarian Melayu yang dipengaruhi (tarian Melayu dari negara lain seperti Indonesia dan Brunei) dari negara-negara lain (seperti India dan Arab) tetapi telah diadaptasikan ke dalam budaya Melayu.

Apabila kita menyebut tarian tradisional Melayu, semua orang menyangkakan bahawa semua jenis tarian adalah di bawah satu kategori yang sama, tetapi sebenarnya tarian tradisional Melayu terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Tarian Istana, Dramatari, Tarian Moden dan Tarian Rakyat.
Nota : Kelab Kebudayaan Seni Tari Mayang Sari ditubuhkan pada April 2009. Tujuan kelab ini ditubuhkan untuk mendidik anak-anak PPR Raya Permai dan memperkembangkan seni tari. Latihan diadakan secara terbuka di Dataran Raya Permai tiga kali seminggu pada malam Sabtu, Ahad dan Isnin. Yuran dikenakan sebanyak RM 5 setiap bulan, tetapi pada tahun ini yuran dimansuhkan atas permintaan ibu bapa yang kurang berkemampuan. Kelab ini mencari dana atau penaja bagi mendapatkan pakaian, aksesori, kos pengangkutan dan selebihnya disumbangkan kepada penari dan tabung kelab. Kelab ini membuat persembahan di majlis rasmi anjuran badan-badan kerajaan atau NGO, majlis kenduri kahwin dan sebagainya. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kelab Kebudayaan Seni Tari Mayang Sari, PPR Raya Permai Sungai Besi, Kuala Lumpur atau telefon 017-322 9945 (Puan Suziana binti Ahmad Noraini).                                             


Home » Kuala Lumpur  

TARIAN_TARIAN CINA

                                                                    






Kebudayaan Cina (bahasa Cina: 中國文化) ialah penempatan kepada salah satu tamadun tertua dan paling kompleks yang meliputi sejarah lebih 5,000 tahun. Negara China meliputi kawasan geografi besar yang penuh adat dan tradisi yang banyak berbeza antara pekan, bandar dan wilayah. Kebudayaan Cina ialah istilah umum yang mengertikan asas kebudayaannya, juga di kalangan kawasan berbahasa Cina di luar Tanah Besar China.

Di Malaysia, kebudayaan dan kesenian kaum Cina telah berkembang tanpa sebarang sekatan terutama dari segi seni persembahan. Pelbagai genre kesenian terdapat di Malaysia masih dikekalkan oleh kaum Cina. Tarian-tarian tradisional masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Cina malah diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Umpamanya, Tarian Singa dan Tarian Naga akan sentiasa mendapat permintaan tinggi sekiranya ada program-program yang berkaitan terutama ketika musim perayaan. Selain 2 (dua) tarian itu, kaum Cina di Malaysia juga telah mempopularkan tarian-tarian rakyat seperti Tarian Kipas, Tarian Sapu Tangan, Tarian Tanglung, Tarian Teratai dan Tarian Riben.
Nota : Sebarang maklumat sila hubungi :

Professional Culture Center

Kompleks Maluri, Taman Maluri 55100 Cheras Kuala Lumpur
Telefon : 03-92855807 (Chan Khan Chien)

Persatuan Sokka Gakkai Malaysia Kuala Lumpur

Lot 960, Km 14, Bt 9 43200 Cheras Selangor
Telefon : 03-90756876 (Koe Teng Hong)                                                      


Home » Kuala Lumpur  

TARIAN KLASIK INDIA
          
                                                                              









Kebudayaan India telah pun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaumnya. Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Antara tarian gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Kuchi Pudi, Odissi, Kathakali, Kathak, Mohini Attam dan Manipuri. 2 (dua) daripadanya merupakan yang paling popular di kalangan masyarakat India di Malaysia iaitu Bharata Natyam dan Odissi. Terdapat juga tarian India yang dikategorikan sebagai gaya tradisional iaitu Tarian Banghra (suku kaum Sikh).

Nota : Sebarang pertanyaan sila hubungi Persatuan Seni Pentas India Kuala Lumpur, No.18-03-08, KM6, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur atau telefon 03-2617 6299 (En. Tanabalan a/l Sinniah)                                             


Home » Kuala Lumpur 


SEGAMBUT –TARI

TARIAN TRADISIONAL MELAYU
       
                                               






Melayu adalah kaum utama di Malaysia. Bangsa Melayu telah lama wujud di sini sejak sekitar 3000 tahun sebelum Masihi. Terdapat banyak tarian Melayu; dari tarian Melayu Asli hingga ke tarian Melayu yang dipengaruhi (tarian Melayu dari negara lain seperti Indonesia dan Brunei) dari negara-negara lain (seperti India dan Arab) tetapi telah diadaptasikan ke dalam budaya Melayu.

Apabila kita menyebut tarian tradisional Melayu, semua orang menyangkakan bahawa semua jenis tarian adalah di bawah satu kategori yang sama, tetapi sebenarnya tarian tradisional Melayu terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Tarian Istana, Dramatari, Tarian Moden dan Tarian Rakyat.
Nota : Dance Grup Club, Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech KL menyediakan perkhidmatan persembahan tarian tradisional, moden dan juga kontemporari. Maklumat lanjut, sila hubungi Dance Grup Club, Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech KL, Blok E, Tingkat 5 - 6, Pusat Perdagangan Seri Damansara, Persiaran Industri, Bandar Seri Damansara atau telefon 03-6286 1200 (Puan Suriati Zaid)                                                                            


Home » Kuala Lumpur 


TITIWANGSA – TARI

TARIAN KLASIK INDIA
          
                                                         







Kebudayaan India telah wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaumnya. Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Antara tarian gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Kuchi Pudi, Odissi, Kathakali, Kathak, Mohini Attam dan Manipuri. 2 (dua) daripadanya merupakan yang paling popular di kalangan masyarakat India di Malaysia iaitu Bharata Natyam dan Odissi. Terdapat juga tarian India yang dikategorikan sebagai gaya tradisional iaitu Tarian Banghra (suku kaum Sikh).

Nota : Sutra Dance Theatre merupakan salah sebuah persatuan yang sudah bertapak hampir 30 tahun bermula pada tahun 1983. Keistimewaan kumpulan ini adalah dapat mengekal, mengembang dan mempromosikan tarian-tarian yang ada di Malaysia. Kumpulan ini mensasarkan golongan muda bagi menarik minat dan mengekalkan seni budaya warisan bangsa agar tidak pupus ditelan arus pemodenan negara. Kewujudan akademi dan galeri seni sedikit sebanyak dapat menerapkan elemen kesenian dan kebudayaan yang lebih mendalam di samping skill dan teknik yang boleh dipelajari melalui penggiat-penggiat yang aktif. Kumpulan ini juga mengetengahkan tarian dalam 3 elemen utama iaitu tradisional, klasik dan kontemporari agar relevan dengan persekitaran sekarang. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sutra Dance Theatre, No.12, Jalan Persiaran Titiwangsa 3, Taman Tasik Titiwangsa, 53200, Kuala Lumpur atau telefon 03 – 4021 1092 (En. Ramli bin Ibrahim) Sutradancethetre@yahoo.com .                                                                  



Home » Kuala Lumpur 


WANGSA MAJU – TARI

TARIAN TRADISIONAL MELAYU
         
                                                         








Melayu adalah kaum utama di Malaysia. Bangsa Melayu telah lama wujud di sini sejak sekitar 3000 tahun sebelum Masihi. Terdapat banyak tarian Melayu; dari tarian Melayu Asli hingga ke tarian Melayu yang dipengaruhi (tarian Melayu dari negara lain seperti Indonesia dan Brunei) dari negara-negara lain (seperti India dan Arab) tetapi telah diadaptasikan ke dalam budaya Melayu.

Apabila kita menyebut tarian tradisional Melayu, semua orang menyangkakan bahawa semua jenis tarian adalah di bawah satu kategori yang sama, tetapi sebenarnya tarian tradisional Melayu terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Tarian Istana, Dramatari, Tarian Moden dan Tarian Rakyat.
Nota : Kelab Seni tari Wangsamaju ini ditubuhkan pada 3 April 2011,bertujuan untuk memperkembangkan seni tari dikalangan kanak – kanak, remaja dan dewasa di kawasan setempat. Latihan diadakan secara terbuka di Dewan Orang Ramai Sri Tioman 2, selama 1 jam setiap malam Jumaat dan malam Sabtu dua kali seminggu dilatih oleh 2 orang guru tari. Kelab ini membuat persembahan dimajlis rasmi anjuran badan-badan kerajaan atau NGO, antaranya persembahan untuk Majlis Anugerah Cemerlang Guru – Guru dan Pelajar Sekolah sekitar kawasan Wangsa Maju, mengadakan persembahan sempena Program Tatarias Wanita Anggun, majlis perkahwinan, Hari Keluarga dan Hari Kantin. Kelab ini juga menerima dana dari mana – mana pihak, tidak kira dari segi wang ringgit atau sebagainya. Sebarang maklumat sila hubungi Puan Noraeini Mohd Ali (019-386 7851) atau di alamat Dewan Orang Ramai Sri Tioman 2, Seni Tari Wangsamaju, 40 – 8 – 7 Apartment Sri Tioman 2, Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur.                                                                  


No comments:

Post a Comment