Home » Selangor 

KLANG - MUZIK

CEMPULING
     
Cempuling adalah salah satu bentuk hiburan tradisional yang asal usulnya dikatakan berasal dari tanah Jawa, lebih khusus dari Jawa Tengah, Indonesia untuk menceritakan kecintaan manusia kepada alam kehidupan.
Lirik lagu cempuling lazimnya menceritakan kisah para nabi dan disesuaikan dengan rentak dan melodi. Sebuah lagu yang dimainkan akan mengambil masa selama 5-10 minit. Selain daripada kisah para nabi, ada juga lagu yang mengajak pendengar menghayati erti kehidupan tetapi kebanyakan lirik lagu adalah berkaitan dengan penghayatan tentang keagamaan seperti memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W.
Kini, cempuling telah memasuki zaman kemodenan dengan pertambahan alat-alat muzik moden yang bertujuan untuk menarik minat golongan muda melibatkan diri dalam seni warisan ini. Asas alat muzik cempuling ada enam sahaja iaitu Gong, Kempol, Kempreng, sepasang Eteng-eteng (nyaring & rendah) dan Gendang. Kesemua alat muzik akan ini menghasilkan bunyi tersendiri.

Home » Selangor  

KENTRONG
         
Muzik Kentrong sering dimainkan dalam majlis-majlis keraian perkahwinan dan dimainkan pada waktu malam sehingga waktu subuh. Anggota minimum semasa mengadakan persembahan adalah seramai tujuh orang masa penyanyi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Jawa tetapi bahasa Melayu akan digunakan sekiranya ada permintaan.
Persembahan Kenterong akan membawa lagu yang berbentuk moden seperti lagu versi nasyid akan ditukar menjadi irama Kentrong yang perlahan dan seolah-olah sedang bersyair kepada pendengarnya. Namun begitu, semuanya masih bergantung terhadap situasi dan masa yang ada.

Pada masa kini, Kenterong boleh dimainkan di mana-mana tempat atau segala permintaan undangan asalkan bersesuaian dengan kehendak majlis tersebut. Malahan pula, terdapat pakej yang menawarkan persembahan Kentrong yang dipersembahkan dalam bentuk Muzikal Kentrong, Marhaban, dan Kompang Asli iaitu dikenali sebagai “Terbangan” dalam bahasa Jawa.

Kentrong mempunyai enam buah peralatan gendang yang terdiri daripada Jidor, Kempor, Gendang, Kempol, Kempeleng, dan Ecek-ecek.

Home » Selangor  

KUALA LANGAT - MUZIK

GORDANG SAMBILAN
          
Gordang Sembilan merupakan salah satu cabang kesenian muzik yang lahir dan popular di negeri Selangor. Lazimnya Gordang Sembilan dimainkan oleh sepuluh orang dan alat utama adalah sembilan buah gendang bersaiz besar dan panjang selain alatan sampingan seperti Gong, Cak Lempong, Sesayak dan Seruling.

Sejarah Gordang Sembilan di Selangor bermula pada sekitar tahun 1980-an dan merupakan satu cabang kesenian di negeri Selangor.

Secara amnya Gordang Sembilan dimainkan di majlis rasmi kerajaan negeri, adat istiadat istana, majlis berkabung (kesedihan), majlis kesyukuran dan majlis perkahwinan.
Irama yang berteraskan daripada alatan muzik gendang berasaskan suara alam dengan cara memukul gendang tersebut. Pada amnya setiap irama yang dihasilkan merupakan irama yang dipilih oleh para pemain sehinggalah pemukul gendang memberi isyarat untuk berhenti bermain.                                                                             

Home » Selangor  

KOMPANG JAWA

Kompang Jawa (dikenali juga sebagai Kompang Tiga) merupakan salah satu permainan tradisi masyarakat Melayu berketurunan Jawa yang berasaskan kepada paluan kompang. Terdapat perbezaan antara kompang ini dengan kompang lain iaitu alatan, paluan dan lagu yang didasarkan daripada Kitab Barzanji. Asal mula kompang ini wujud pada zaman Wali Sembilan di Pulau Jawa yang berfungsi sebagai salah satu cara berdakwah untuk menarik minat masyarakat dalam pengembangan agama Islam.

Muzik Kompang Jawa ini telah dibawa oleh pedagang dari Kepulauan Jawa ke negeri Selangor pada awal tahun 1900 dan terus dimainkan bukan sahaja di masjid atau surau bahkan di majlis-majlis keramaian seperti khatam Quran, berkhatan, perkahwinan, hari kebesaran serta pesta-pesta yang diadakan secara besar-besaran. Antara lagu-lagu yang dimainkan adalah seperti Assolatu, Bissarri, Ya-Solatun, Sailillah dan lain-lain yang mana seni katanya terdapat di dalam Kitab Barzanji.                                                          

Home » Selangor  

KUALA SELANGOR - MUZIK

DABUS

Dabus pada asalnya bukanlah sebuah tarian tetapi merupakan sejenis seni mempertahankan diri. Oleh itu, konsep dabus ialah kepahlawan. Justeru itu, permainan dabus menuntut kecerdasan, ketangkasan, keperwiraan dan keceriaan ketika bermain.
Setiap penari atau pemain dabus mesti menggunakan sejenis besi tajam yang dipanggil ‘anak dabus’. Penggunaan anak dabus ini ialah untuk memperlihatkan keistimewaan tarian tersebut. Tanpa penggunaan anak dabus, akan hilanglah identiti dabus. Selain anak dabus, antara senjata tajam yang lain yang digunakan dalam persembahan dabus ialah keris, pisau belati, kapak, batu giling dan tali.
Permainan dabus akan bermula apabila alat-alat muzik dipalu dan lagu-lagu yang dipetik daripada kitab berzanji dan marhaban dialunkan. Nyanyian dalam persembahan dabus ini mempunyai sekali hadi (korus) dan sekali jawab. Hadi biasanya dipetik daripada kitab berzanji dan jawabnya pula rekaan sendiri di dalam Bahasa Kebangsaan seperti memuji kecantikan negara Malaysia, kecantikan seorang perempuan, puji-pujian, nasihat dan sebagainya

Mengenai pakaian pula, ia bergantung kepada ketua pasukan untuk menentukan warna dan jenis pilihan pakaian ahlinya. Tetapi lazimnya bagi kanak-kanak, mereka memakai pakaian Melayu berwarna hijau pucuk pisang manakala penari dewasa pula mereka memakai pakaian Melayu yang lengkap dan berwarna hitam yang melambangkan kepahlawanan.

Home » Selangor  

PETALING - MUZIK

GAMELAN
          
Nama gamelan berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu, dan ada juga daripada besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau “fixed tuning”. Permainan muzik gamelan dilakukan secara "ensemble" dan dimainkan secara berkumpulan.

Gamelan Jawa mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri. Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit purwa dan mengiringi tarian seperti tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil.
Alat-alat gamelan didapati digunakan bagi mengiringi Riog, Barungan dan Kuda Kepang. Muzik gamelan dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya. Gamelan jenis ini boleh didapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyat sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana.                                                                            

Home » Selangor  

SABAK BERNAM - MUZIK

GAMELAN
          
Nama gamelan berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu, dan ada juga daripada besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau “fixed tuning”. Permainan muzik gamelan dilakukan secara "ensemble" dan dimainkan secara berkumpulan.

Gamelan Jawa mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri. Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit purwa dan mengiringi tarian seperti tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil.
Alat-alat gamelan didapati digunakan bagi mengiringi Riog, Barungan dan Kuda Kepang. Muzik gamelan dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya. Gamelan jenis ini boleh di dapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyat sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana.                                                                  

No comments:

Post a Comment