Home » Sarawak


BAHAGIAN BINTULU – TEATER

LAKON BERADAT
       
                                                         







Pada asalnnya, ia merupakan hadrah dan berasal dari Timur Tengah. Seni ini dibawa oleh pedagang berbangsa Arab iaitu Syed Mahmud Saman. Dia dan rombongan mempersembahkan Lakon Beradat di hadapan penduduk tempatan di sekitar Pulau Borneo setiap kali membuat persingahan ketika berdagang. Penduduk tempatan mula tertarik dan ingin mempelajarinya. Beliau telah membahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Gendang dan Bersyair. Lakonannya berpandukan lagu – lagu yang memuja kebesaran Allah SWT dan Rasulullah.

Pada tahun 1902 pedagang dari Sambas Indonesia yang bernama Guru Ahmad Zamzam mengembangkan adat permainan Lakon beradat ini di Kampung Sibi di Bahagian Bintulu Sarawak dengan ahli anggota seramai 30 orang pada mulanya. Antara tokoh yang mengembangkan permainan ini ialah Tuan Haji Nawi dan Encik Ibrahim yang bergiat sehingga hari ini. Antara lagu yang sering didendangkan ialah Lagu Bismillah, Lagu Allanabi, Lagu Yafattah, Al, Fasah serta Lagu Salora Bona. Kini, cuma terdapat dua buah kumpulan yang masih bergerak aktif iaitu Kumpulan Hadrah Budaya Bintulu dan Kumpulan Hadrah Kampung Sambir di bahagian Kuching.
Nota : Maklumat lanjut sila hubungi :

Kumpulan Hadrah Warisan Murni Bintulu
D/A Rosli Bin Drahman
Pejabat Daerah Bintulu
97000 Bintulu, Sarawak
(Encik Rosli Bin Drahman : 019-8343401/086-331896)                                                                  


Home » Sarawak


SAMARAHAN – TEATER

TEATER (DRAMA INGGERIS)
         
                                                         







Teater adalah tempat persembahan - persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis persembahan teater, antaranya ialah: opera, balet, pantomim dan wayang kulit. Selain itu, menurut Prof. Datin. Dr. Rahmah Hj Bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu pula ialah teater adalah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan telah menubuhkan kumpulan teater yang diberi nama Group Teater De Amour yang aktif mementaskan beberapa teater Melayu dan Inggeris di sekitar Kota Samarahan dan Sarawak.

Nota : Info lanjut sila hubungi :

Group Teater De Amour
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak
Jalan Dato' Mohd Musa
94300 Kota Samarahan
Sarawak
(Hasnalee Tubah : 019-8166505 / 082-673800)Emel: hydcom@yahoo.com                                                                  


No comments:

Post a Comment